awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUN Melaka: Tempat duduk ADUN Rembia diubah

Bernama
Bernama
27/12/2024
05:00 MYT
DUN Melaka: Tempat duduk ADUN Rembia diubah
Muhammad Jailani dilihat hadir pada Persidangan Ketiga (Bajet), Penggal Ketiga DUN Melaka yang ke-15 di Kompleks Seri Negeri dekat Ayer Keroh hari ini. -- fotoBERNAMA
MELAKA: Tempat duduk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis yang sebelum ini di blok kerajaan diubah ke blok pembangkang, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Datuk Ibrahim Durum.
Ibrahim berkata langkah itu diambil selepas beliau meneliti beberapa perkara mengenai penyertaan Muhammad Jailani ke dalam Pas susulan pengumuman Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Parlimen pada 16 Julai.
Beliau berkata pihaknya telah mengutus surat kepada Takiyuddin untuk mendapatkan pengesahan mengenai perkara itu namun sehingga kini masih tidak menerima sebarang balasan.
"Pengakuan ADUN begitu samar yang mengatakan dirinya ahli Pas dan hanya ini bukti untuk saya (membuat keputusan)," katanya pada sidang DUN Melaka di Seri Negeri di sini hari ini.
Ibrahim berkata dengan perkembangan terbaharu itu, jumlah ADUN yang menyokong kerajaan kini 25 manakala pembangkang tiga.
Muhammad Jailani yang mewakili Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi DUN Rembia semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 2021 dalam pertandingan lima penjuru dengan majoriti 860 undi.
Pada Julai tahun lepas, UMNO menggantung keahlian Muhamad Jailani selama enam tahun kerana didakwa melakukan sabotaj terhadap parti dengan sengaja hadir pada majlis pengumuman calon Perikatan Nasional (PN) bagi PRK DUN Simpang Jeram di Bakri, Johor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tempat duduk ADUN Rembia diubah
#DUN Melaka
#Adun Rembia
#lompat parti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan