POLITIK
DUN Sarawak bersidang sehari pada 7 Julai

Mohamad Asfia berkata persidangan itu dipanggil susulan permintaan daripada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di bawah Peraturan Mesyuarat 8(3). -Gambar fail/Bernama
KUCHING: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan berlangsung selama sehari pada 7 Julai ini.
Ringkasan AI
- Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan berlangsung selama sehari pada 7 Julai 2025, bermula jam 9 pagi hingga 6.30 petang.
- Speaker DUN, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar, memanggil persidangan tersebut atas permintaan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, mengikut Peraturan Mesyuarat 8(3).
- Setakat ini, tiada rang undang-undang diterima untuk persidangan itu, dan sidang media akan diadakan jika ada perkembangan lanjut.
"Setakat ini, saya belum menerima sebarang rang undang-undang berkaitan persidangan ini. Sebaik sahaja saya menerimanya, saya akan mengadakan sidang media untuk memberi taklimat mengenainya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Parlimen Mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak di sini hari ini.
Mohamad Asfia berkata persidangan sehari itu dijadual berlangsung dari 9 pagi hingga 6.30 petang dan boleh dilanjutkan jika perlu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami