awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUN Sarawak tidak akan bubar 6 Jun depan - Wan Junaidi

Astro Awani
Astro Awani
25/04/2021
06:32 MYT
DUN Sarawak tidak akan bubar 6 Jun depan - Wan Junaidi
Jelas Wan Junaidi, Pilihan Raya Negeri Sarawak akan berlaku sekiranya mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertua Negeri dan Ketua Menteri Sarawak. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Tanggapan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan terbubar secara automatik pada 6 Jun depan adalah tidak tepat.
Memetik laporan Sinar Harian, Ahli Majlis Tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan ini kerana kerajaan Sarawak masih lagi tertakluk kepada ordinan darurat yang dilaksanakan sehingga 1 Ogos depan.
“Orang buat tanggapan bahawa DUN secara automatik akan terbubar pada 6 Jun ini tetapi sebenarnya tidak akan berlaku.
“Pengisytiharan darurat telah menggantungkan Perlembagaan Malaysia dan juga semua negeri termasuk Sarawak.
"Kalau darurat tidak dibubar, maknanya perlembagaan dalam penggal ini masih tergantung,” katanya.
Wan Junaidi berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Pelancaran Platform Warongku peringkat kebangsaan di SME Corp Malaysia di Platinum Sentral di sini, pada Ahad.
Jelasnya lagi, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan berlaku sekiranya mendapat persetujuan daripada Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertua Negeri dan Ketua Menteri Sarawak.
“Negeri tidak boleh adakan pilihan raya melainkan Yang di-Pertuan Agong berbincang dengan Yang di-Pertua Negeri dan Ketua Menteri.
“Apabila mereka bersetuju untuk mengisytiharkan hari pilihan raya di Sarawak, baru pilihan raya boleh diadakan,” ujarnya.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, pilihan raya di Sarawak masih tidak sesuai untuk diadakan pada masa ini disebabkan kes harian COVID-19 di negeri itu masih tinggi dan tidak stabil.
Topic Berkaitan
#Sarawak
#PRN
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#Ketua Menteri
#COVID-19
#Yang di-Pertuan Agong
#majlis tertinggi
#pilihan raya
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan