Empat bahagian UMNO di Sabah iaitu Tawau, Kalabakan, Silam dan Semporna hari ini sepakat melaksanakan gempur fitnah pembangkang habis-habisan yang memanipulasi isu dengan berbohong pada rakyat serta memfitnah pemimpin Barisan Nasional (BN) serta kerajaan.
Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh berkata berbaki tempoh menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), semua anggota UMNO di lapangan, termasuk kampung dan pulau, akan berhabis-habisan menangani pembohongan pembangkang.
Beliau ditemui pemberita selepas mempengerusi mesyuarat khas persiapan PRU14 bagi Jawatankuasa UMNO Zon 6 yang meliputi Parlimen Silam, Semporna, Tawau dan Kalabakan di sini.
Mesyuarat itu turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Silam Datuk Mohd Yusof Apdal, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Seri Nasir Tun Sakaran, Timbalan UMNO Bahagian Tawau Datuk Seri Syed Abas Syed Ali, serta Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Ramlee Marahaban.
Dalam pada itu, Abdul Ghapur berkata meskipun rakyat seluruh pantai timur Sabah tahu taktik kotor pembangkang memfitnah dan memanipulasi isu untuk menang PRU14 tetapi ahli UMNO tidak mahu bersikap sambil lewa, sebaliknya memberi penerangan kepada rakyat sekali gus menghapuskan tuduhan-tuduhan pembangkang yang bersifat liar dan bohong.
"Kami (ahli umno) mahu 'counter' semuanya, dan kerja gempur ini tiada hadnya... rakyat perlu tahu menilai kerana dalam tempoh lima tahun ini kerajaan sedaya upaya membantu rakyat," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata menjelang PRU14, bendera BN dan UMNO akan mula dikibarkan di semua kawasan Zon 6 sebagai meniup semangat juang parti.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 07 2018
Empat bahagian UMNO di Sabah akan memerangi sekali gus menggempur fitnah yang dilemparkan pembangkang. - Gambar fail Bernama
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Parlimen Britain sahkan laporan Boris Johnson berbohong
Ini sekaligus memberikan satu lagi tamparan kepada kerjaya politik bekas Perdana Menteri itu.
Bung Moktar jual pantun 'kasi panas' pembangkang
Dewan Rakyat kecoh hampir setengah jam tengah hari tadi ketika sesi perbahasan usul menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berlangsung.
Empat bahagian UMNO di Sabah sepakat gempur fitnah pembangkang
Empat bahagian UMNO di Sabah iaitu Tawau, Kalabakan, Silam dan Semporna hari ini sepakat melaksanakan gempur fitnah pembangkang habis-habisan yang memanipulasi isu dengan berbohong pada rakyat serta m