KUALA LUMPUR: Pengalaman sebagai aktivis dan peguam dalam undang-undang keluarga Islam serta hal kebajikan kanak-kanak dilihat mampu membantu Fadhlina Sidek dalam melaksanakan tugasnya sebagai Menteri Pendidikan yang baharu.
Sebelum aktif dalam politik, Fadhlina, 45, banyak terlibat dalam perkara berkaitan literasi undang-undang keluarga Islam, perlindungan serta keselamatan kanak-kanak selain mempunyai firma guaman syarie sendiri.
Kerjaya politik beliau bermula pada 2020 selepas menyertai PKR dan dilantik sebagai Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita PKR, sebelum memenangi pemilihan PKR untuk jawatan Ketua Wanita parti itu pada Julai tahun ini.
DIARI 100 HARI KABINET KERAJAAN PERPADUAN PM ANWAR IBRAHIM
[LAPOR LANGSUNG] Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan PM Anwar
Beliau juga merupakan Ahli Dewan Negara yang dilantik pada 1 Sept 2021 bagi mewakili Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.
Anak kepada bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Datuk Dr Siddiq Fadzil itu, mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Semenyih sebelum menamatkan alam persekolahan pada 1994 di Sekolah Agama Menengah Hulu Langat, Kajang, Selangor.
Fadhlina kemudian melanjutkan pengajian tinggi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dan LLB (Syariah) pada 2002, selain meraih Ijazah Sarjana Undang-Undang (LLM) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2008.
Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Fadzli Arsad dan dikurniakan enam cahaya mata.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15, Fadhlina pertama kali dicalonkan oleh PKR untuk bertanding di Parlimen Nibong Tebal dan berjaya menewaskan penyandang Datuk Mansor Othman yang mewakili Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti 16,293 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 03 2022

Sebelum aktif dalam politik, Fadhlina, 45, banyak terlibat dalam perkara berkaitan literasi undang-undang keluarga Islam, perlindungan serta keselamatan kanak-kanak. - Gambar fail

Wan Azizah harap Persatuan Pandu Puteri Malaysia terus berkembang
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang.

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.

Iran sedia pulihkan hubungan ekonomi dengan negara Arab
Iran bersedia untuk menyambung semula hubungan ekonomi dengan semua negara Arab di Timur Tengah berikutan perjanjian mengenai pemulihan hubungan diplomatik dengan Arab Saudi baru-baru ini.

Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
Datuk Seri Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu, tetapi kini sudah kembali ke penjara.

Jawatankuasa Eksekutif Dasar Sekuriti Makanan mahu lebih banyak pihak beri input
Hasil mesyuarat akan dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Aidilfitri.

PKNS santuni gelandangan ibu kota, ringankan beban menjelang Ramadan
PKNS berkerjasama dengan sebuah badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Jejak Jalanan, dalam menghulurkan sumbangan.

Khairuddin minta PN henti 'bernostalgia'
Katanya, PN hanya mendapat 73 kerusi dan jumlahnya jauh untuk membolehkan mereka membentuk kerajaan.

Kabinet Perpaduan berteraskan asas kukuh, bina semula negara - Pakar Perlembagaan
Wan Ahmad Fauzi berkata pemilihan menteri-menteri adalah berdasarkan hierarki dalam parti, pengalaman dan kepakaran masing-masing.

Pernah jadi Speaker bawah pokok, Sivakumar kini menteri
V Sivakumar yang dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia pernah mencatat sejarah dalam politik kerana semasa beliau menjadi Speaker, sidang DUN pernah berlangsung di bawah pokok.

Tengku Zafrul ikrar pastikan Malaysia terus kompetitif, jadi destinasi pelaburan penting
Tengku Zafrul berikrar akan memastikan Malaysia akan terus menjadi destinasi penting dalam pelaburan.

Hubungan Jemaah Menteri dan penjawat awam diharap terus diperkukuh - KSN
Anggota perkhidmatan awam berharap hubungan antara Jemaah Menteri dan penjawat awam terus diperkukuh.

Dari Pantai Remis ke Putrajaya, Nga Kor Ming kini bergelar menteri
Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming yang dilantik menganggotai Jemaah Menteri memegang portfolio Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, bukan nama asing dalam arena politik negara.

Hubungan baik sesama menteri akan dimanfaat untuk berbakti - Nancy
Nancy akan memanfaatkan pengalaman dan hubungan baik bersama Jemaah Menteri daripada pelbagai parti politik untuk terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

'Sokongan DAP tiada syarat, sanggup berkorban untuk Anwar jadi PM' - Loke
Sokongan DAP kepada Anwar tidak bersyarat, termasuk jumlah keanggotaan dalam Jemaah Menteri atau jawatan tinggi yang lain, kata Setiausaha Agungnya, Anthony Loke.

Mohd Na'im Ketua Hakim Syarie pertama dilantik Menteri Agama
Buat julung kalinya Ketua Hakim Syarie diberi kepercayaan menjadi menteri Kabinet, apabila Datuk Mohd Na'im Mokhtar, 55, mengangkat sumpah sebagai Menteri Agama.

Fadhlina Sidek: Daripada aktivis kepada Menteri Pendidikan
Fadhlina, 45, banyak terlibat dalam perkara berkaitan literasi undang-undang keluarga Islam, perlindungan serta keselamatan kanak-kanak selain mempunyai firma guaman syarie sendiri.