awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai persekutuan di Minneapolis diarah pakai kamera badan "berkuat kuasa serta-merta"
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Fitnah murahan!' - Salahuddin Ayub nafi akan sertai Bersatu

Astro Awani
Astro Awani
05/06/2020
05:16 MYT
'Fitnah murahan!' - Salahuddin Ayub nafi akan sertai Bersatu
SALAHUDDIN: Saya mengharapkan rakyat Malaysia dapat bersama PH mendukung dan meneruskan cita-cita membentuk Malaysia Baharu yang bebas rasuah dan penyelewengan. - Gambar fail
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub hari ini menafikan beliau bersama dua lagi ahli parti itu akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam masa terdekat.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram menyifatkan dakwaan tersebut yang dibuat menerusi satu laporan portal sebagai tindakan terdesak pihak yang tertekan dengan perkembangan terkini politik tanah air.
"Laporan yang merupakan fitnah murahan itu tidak akan sedikitpun menjejaskan usaha dan komitmen Pakatan Harapan (PH) untuk mengembalikan mandat rakyat dan menyelamatkan negara dari bencana politik Perikatan Nasional (PN).
"Saya mengharapkan rakyat Malaysia dapat bersama PH mendukung dan meneruskan cita-cita membentuk Malaysia Baharu yang bebas rasuah dan penyelewengan serta menegakkan amalan politik yang telus, benar dan tidak berteraskan fitnah dan kepalsuan," katanya dalam satu kenyataan.
Pada Khamis, portal SuaraTV melaporkan Salahuddin bersama Datuk Hasanuddin Mohd Yunus (Ahli Parlimen Hulu Langat) dan Dr Hasan Baharom (Ahli Parlimen Tampin) akan meninggalkan Amanah dan menyertai Bersatu.
Laporan itu menyebut tiga pemimpin itu berhasrat mengukuhkan lagi kerajaan PN.
Sumber Facebook Salahuddin.Bin.Ayub
Topic Berkaitan
#Amanah
#bebas rasuah
#Bersatu
#Dr Hasan Baharom
#fitnah
#Hasanuddin Mohd Yunus
#Malaysia Baharu
#Pakatan Harapan
#palsu
#Parti Amanah Negara
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#penyelewengan
#Perikatan Nasional
#politik
#Salahuddin Ayub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan