awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gagasan politik: Dakwaan Puad gambarkan pandangan negatif MT UMNO - Srikandi Muda

Astro Awani
Astro Awani
16/12/2020
06:00 MYT
Gagasan politik: Dakwaan Puad gambarkan pandangan negatif MT UMNO - Srikandi Muda
Ema Syuhaili menegaskan, Mohd Puad juga kerap kali mengeluarkan kenyataan di media yang tidak memahami konteks keseluruhan isu yang sebenar. - Facebook
KUALA LUMPUR:Dakwaan Datuk Mohd Puad Zarkashi terhadap cadangan gagasan politik baharu oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menggalakkan kerja khianat menggambarkan pandangan negatif Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu terhadap beberapa pelan dan rancangan kerajaan.
Pengerusi Srikandi Muda Bersatu, Datin Ema Syuhaili Mohamad Sukor berkata, Mohd Puad juga kerap kali mengeluarkan kenyataan di media tanpa memahami konteks keseluruhan isu sebenar.
"Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwan Khas (Jasa) ini acap kali melontarkan kritik dengan keras tanpa beliau memahami konteks keseluruhan isu yang sebenar.
"Dalam merealisasikan hasrat rakyat, adalah lebih baik Mohd Puad menumpukan kepada kaedah dan penyelesaian yang lebih kemas dan progresif.
"Beliau tidak perlu mengkritik serta mempamerkan emosi yang negatif hingga menimbulkan tanggapan awam bahawa ahli politik tersebut seorang yang sangat sensitif dan terlalu defensif pada diri sendiri," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
BACA: PN, BN dan GPS perlu bermuafakat, wujudkan satu gagasan besar - Hamzah Zainudin
BACA: Malaysia tidak perlukan gagasan atau perikatan baharu - Mohamad Hasan
Sebelum ini, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, satu gagasan politik baharu akan dimeterai membabitkan tiga gabungan parti besar dalam kerajaan, iaitu Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Jelasnya, gagasan itu bakal menjulang wawasan dan aspirasi diperjuangkan parti politik bergabung di bawahnya.
Bagaimanapun, Mohd Puad mendakwa, tiada pihak yang berminat dengan cadangan Bersatu untuk menubuhkan gagasan besar.
Menurutnya, bagaimana cadangan itu mahu direalisasikan sedangkan cacamarba dalam Bersatu masih belum selesai.
Dalam pada itu, Ema Syuhaili turut mengingatkan Mohd Puad bahawa beliau adalah sebahagian dari kerajaan dan bukan lagi pembangkang.
"Adalah lebih baik segala pendapat dan idealisme disalurkan melalui ruangan yang betul.
"Kita percaya bahawa setiap bait yang dikeluarkan haruslah disertakan hujah yang baik, dan jelas serta membina, jika benar seseorang ahli politik itu mengutamakan rakyat dalam setiap kata-katanya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya," tegasnya.
Topic Berkaitan
#Hamzah Zainuddin
#Mohamad Hasan
#UMNO
#Barisan Nasional
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan