KUCHING: Setiap parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu bertindak secara serentak dan mempunyai objektif yang sama agar dapat mempertahankan hak Sarawak demi masa depan rakyatnya, kata Pengerusinya Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata setiap ahli perlu mengenepikan kepentingan peribadi dan mengutamakan kepentingan parti dan rakyat pada setiap masa.
Beliau berkata apabila pucuk pimpinan memutuskan calon, setiap ahli parti mesti bersungguh-sungguh menyokong calon berkenaan.
"Jangan sabotaj separuh jalan. Kerana itu tanda kesetiaan," kata Primier Sarawak itu ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tiga Tahunan (TGM) Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) ke-25 di sini hari ini.
Mengimbau kemenangan GPS memenangi 76 daripada 82 kerusi pada Pilihan Raya Negeri tahun lepas, Abang Johari berkata perpaduan yang kukuh dalam perikatan itu telah membantunya merampas semula beberapa kerusi daripada pembangkang.
Beliau berkata kemenangan besar itu menunjukkan GPS sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15, dan berharap untuk memenangi semua 31 kerusi Parlimen di negeri ini.
Ini akan memberikan Sarawak suara yang kuat dalam memperjuangkan haknya seperti yang termaktub dalam perlembagaan, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1962, katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata perjuangan untuk mendapatkan hak negeri tidak boleh disalah anggap seolah-olah Sarawak antipersekutuan.
"Tidak, kami hanya memperjuangkan apa yang menjadi milik kami seperti yang termaktub dalam perlembagaan, MA63 ditambah IGC. Tidak lebih tidak kurang daripada itu," tegasnya.
Abang Johari mengucapkan tahniah kepada SUPP atas pencapaian cemerlangnya pada pilihan raya negeri yang lepas, menunjukkan parti itu bersatu dan memenangi kembali sokongan dari rakyat Sarawak, khususnya masyarakat Cina.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 21 2022

Abang Johari berkata setiap ahli perlu mengenepikan kepentingan peribadi dan mengutamakan kepentingan parti dan rakyat pada setiap masa. - Gambar fail/BERNAMA

Festival Muzik | Seorang maut selepas pentas roboh akibat angin
Seorang maut manakala sekurang-kurangnya 17 yang lain cedera ketika menghadiri festival muzik di timur Sepanyol pada awal pagi Sabtu. Menurut pihak berkuasa, sebahagian daripada pentas roboh akibat angin kencang.

Peluang Pekerjaan | Bawa kerja kosong ke kawasan B40
Difahamkan, kira-kira 70 kekosongan jawatan ditawarkan dan semuanya dalam bidang hospitaliti. Malah lokasinya bukan hanya dekat Lembah Klang sahaja tetapi di Pulau Pinang serta Johor.

Pertandingan | Lebih 200 beruk bersaing petik kelapa
Bukan sahaja manusia yang menyertai pertandingan, sebaliknya binatang juga turut terlibat dalam mencari jaguh. Di Pasir Puteh, Kelantan, berlangsungnya pertandingan memetik kelapa bagi memilih beruk yang paling pantas.

Buli | Tidak wujud unsur gangsterisme di MRSM Kuantan - Polis
Siasatan awal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan mendapati tidak wujud sebarang unsur gengsterisme dalam kejadian buli yang didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan.

Hari Belia Negara | Kerajaan terus beri perhatian kepada golongan belia
Kerajaan akan terus memberi perhatian terhadap pandangan golongan anak muda atau belia serta mengiktiraf mereka sebagai rakan pembangunan strategik negara.

PRU15 | Sah! BN bakal bergerak solo
Barisan Nasional (BN) telah memuktamadkan keputusannya untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata parti itu sebulat suara membuat keputusan itu.

MAHA 2022 | Capai sasaran satu juta pengunjung
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 berjaya mencapai sasaran satu juta pengunjung pada Sabtu. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang menjadikan penganjuran kali ini sangat meriah.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 Ogos 2022.

Pelajar perempuan tingkatan 5 maut, rakan parah kemalangan dua motosikal
Seorang pelajar perempuan tingkatan lima maut manakala rakannya cedera parah setelah motosikal yang dinaiki mereka terbabit kemalangan.

10 Berita Pilihan - (13 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

GPS mahu menang semua kerusi PRU15 - Abang Johari
Jika semuanya menepati ramalan, tugas memenangi kesemua kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Sarawak boleh tercapai.

GPS sedia hadapi PRU15 pada bila-bila masa
Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya diadakan pada bila-bila masa.

Hampir 1,000 penduduk rebut peluang beli minyak peket bersubsidi
Dengan adanya pelaksanaan program seperti ini sekurang-kurangnya jualan minyak bersubsidi dapat disasarkan kepada golongan sasaran.

PRU15: GPS yakin takluk semula kerusi pembangkang - Abdul Karim
Momentum kemenangan GPS pada PRN12 lalu memberi keyakinan untuk gabungan itu merampas semula kerusi terutama di kawasan bumiputera termasuk kerusi Selangau, Lubok Antu dan Puncak Borneo.

PRU15: Terletak kepada keputusan PM, GPS sedia bila-bila masa
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu berkata Sarawak tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengadakan pilihan raya sekiranya parlimen dibubarkan.

Teknologi penternakan: Kolar GPS untuk lembu, pagar tidak lagi perlu
Syarikat Nofence UK mencipta kolar GPS yang mengeluarkan bunyi untuk dipakaikan kepada lembu.

GPS perlu bertindak secara bersatu untuk pertahankan hak Sarawak - Abang Johari
Setiap parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu bertindak secara serentak dan mempunyai objektif yang sama agar dapat mempertahankan hak Sarawak demi masa depan rakyatnya.

Fadillah sah bertanding PRU15, pertahan kerusi Petra Jaya
Fadillah yang juga Ketua Whip GPS telah mewakili Petra Jaya selama empat penggal sejak memenangi kerusi itu kali pertama pada PRU11 2004.

PRU15: Tiada ruang untuk Bersatu, GPS tanding semua 31 kerusi Parlimen - Abang Jo
Gabungan Parti Sarawak (GPS) tetap dengan pendirian parti itu untuk kekal bertanding di semua 31 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

GPS mahu komposisi wakil Parlimen lebih kukuh, menang semua kerusi pada PRU15
GPS mahu membentuk komposisi perwakilan Parlimen yang lebih kukuh untuk terus mempertahankan suara dan hak rakyat Sarawak di peringkat Persekutuan.