awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis buru tiga lelaki larikan peti besi 100 kilogram
Reformasi MADANI perlu lebih daripada pendekatan rutin, kata PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GPS perlu muncul entiti perjuang hak autonomi Sarawak - Dr Jeniri

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
13/06/2018
03:44 MYT
GPS perlu muncul entiti perjuang hak autonomi Sarawak - Dr Jeniri
BELIAU berkata, keputusan itu memberi kekuatan kepada PH terutama kepada sebarang keputusan atau pindaan akta semasa di Parlimen nanti.
Gabungan Parti Sarawak (GPS) berdepan cabaran besar untuk muncul sebagai satu entiti politik baharu dengan wadah memperjuangkan hak dan autonomi negeri itu seperti termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Jeniri Amir menegaskan, ia juga perspektif baharu bagaimana GPS untuk menjalinkan perhubungan dengan Pakatan Harapan (PH) di peringkat persekutuan selain memastikan impian mereka direalisasikan.
"Melangkah ke hadapan bagi GPS, yang penting bukan sahaja untuk melakukan perubahan dari segi dinamika politik, dan juga nama. Tetapi, jauh lebih penting bagaimana hendak menjenamakan semula parti itu.
"Penggabungan ini adalah transformasi dari segi struktur, arah perjuangan kerana hendak menyesuaikan dengan lanskap politik dan realiti politik khususnya di peringkat akar umbi supaya mereka bukan sahaja relevan dalam konteks Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang tetapi terus diterima rakyat pelbagai kaum di Sarawak.
"Dari segi itu, mereka tidak ada pilihan sebenarnya, kecuali mengambil iktibar dan pengajaran daripada kesilapan dan kelemahan tadbir urus Sarawak, bagi memastikan mereka terus diterima pengundi, bukan mudah hendak kekal 72 dari 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pada Mei 2016 lalu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
BACA: 'Usah jadi seperti tuak dalam botol baharu tapi kandungannya lama' - Jeniri
BACA: Barisan Nasional 'terkubur' di Sarawak
Sebelum ini, Jeniri menjelaskan, tindakan BN Sarawak itu adalah langkah bijak dan tepat untuk menjamin survival parti-parti komponen BN Sarawak pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12).
Tegasnya, parti yang dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) perlu melakukan anjakan, terutama dari aspek falsafah serta ideologi.
GPS kini memiliki 19 kerusi di peringkat Parlimen dan 72 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Dalam pada itu katanya, keputusan itu memberi kekuatan kepada PH terutama kepada sebarang keputusan atau pindaan akta semasa di Parlimen nanti.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Bumiputera
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#PBB
#Perjanjian Malaysia 1963
#pilihan raya
#politik
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan