awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang fokus pelancongan kapal persiaran nilai tinggi, manfaat peluasan GSPC
Jeganathan teliti beberapa perkara sebelum mohon kembali ke Olahraga Malaysia
Bukan nak berlawan dengan artis luar, Siti Nurhaliza mahu angkat martabat seni tempatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Graduan diharap jangan lupa jasa UMNO

Wan Syamsul Amly, Khairunnisa Kasnoon, Hans Yusoff, Harits Asyraf Hasnan
Wan Syamsul Amly, Khairunnisa Kasnoon, Hans Yusoff, Harits Asyraf Hasnan
03/12/2016
07:03 MYT
Graduan diharap jangan lupa jasa UMNO
Zali Mat Yasin berkata, graduan Melayu perlu menginsafi jasa UMNO dalam memartabat pendidikan orang Melayu sejak negara mencapai kemerdekaan sehingga kini. - Bernama
Graduan Melayu diingatkan supaya tidak lupa daratan selepas berjaya dalam profesion diceburi dengan mempertikaikan dasar pendidikan negara.
Wakil Pemuda UMNO Melaka, Zali Mat Yasin, berkata graduan Melayu perlu menginsafi jasa UMNO dalam memartabat pendidikan orang Melayu sejak negara mencapai kemerdekaan sehingga kini.
"Hari ini, kita lihat ramai cerdik pandai dalam kalangan Melayu serta berjaya dalam pelbagai lapangan dengan bergelar doktor, profesor, wakil rakyat sehinggalah kepada menteri.
"Ia adalah hasil kejayaan sistem pendidikan negara yang konsisten. Ada Melayu terlupa dengan dasar kerajaan yang tidak pernah jemu memberi pelbagai bantuan. Selepas berjaya, mereka menggigit kita pula," katanya berucap menyokong usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO 2016, di sini, hari ini.
Zali yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tangga Batu, berkata kerajaan membiayai antara 85 hingga 95 peratus daripada yuran pengajian bagi setiap penuntut universiti awam setiap tahun.
"Kadar yuran pengajian program ijazah pertama universiti awam yang ditetapkan kerajaan hanya antara enam hingga 10 peratus daripada kos sebenar, yang diperlukan untuk melatih pelajar dalam sesuatu bidang khusus.
"Yuran bidang kejuruteraan adalah RM30,000 tetapi pelajar bayar RM3,000 sahaja. Bidang perubatan ialah RM289,000, tetapi bayar RM9,000 sahaja. "Malah, yuran semester hanya RM400 untuk diploma manakala RM200 semester di politeknik dan kolej komuniti," katanya.
Topic Berkaitan
#Dasar Pendidikan Negara
#graduan melayu
#pau2016
#Perhimpunan Agung UMNO
#umno2016
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan