awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SAR lelaki hilang ketika memancing dihentikan
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
Malaysia raih pelaburan digital diluluskan RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025 - MDEC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GTA boleh ganti UMNO sebagai parti Melayu - Dr Mahathir

Astro Awani
Astro Awani
03/11/2022
01:30 MYT
GTA boleh ganti UMNO sebagai parti Melayu - Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir berkata GTA berikrar untuk memulihkan semula politik kestabilan, ekonomi yang sihat dan kesejahteraan sosial. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Gerakan Tanah Air (GTA) boleh menggantikan UMNO sebagai parti atau gerakan politik orang Melayu.
Pengerusi Penajanya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ini kerana GTA terdiri daripada orang Melayu berkebolehan dan bersemangat kebangsaan Melayu dan Malaysia yang sayang negara dan agama.
"Pemimpin dan calon GTA bebas dari perlakuan jenayah, tidak hadapi tuduhan dalam mahkamah, bersih.
"GTA akan lawan UMNO supaya Malaysia tidak akan diperintah oleh penjenayah yang telah rosak parti, pemerintahan dan negara.
"Pendek kata GTA bertujuan menukar Kerajaan penjenayah kepada Kerajaan yang bersih, cekap dan beramanah," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) itu berkata, GTA berikrar untuk memulihkan semula politik kestabilan, ekonomi yang sihat dan kesejahteraan sosial.
"Malaysia akan kembali menjadi negara Harimau Asia, di mana orang Melayu akan dihormati dan disanjung tinggi.
"Inilah janji GTA, Gerakan Tanah Air kepada Malaysia dan rakyatnya," ujarnya.
Topic Berkaitan
#GTA
#Mahathir Mohamad
#Malaysia Memilih
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan