awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guan Eng pertahan kerusi Air Putih, Wong Hon Wai ganti Zairil di Bukit Bendera

Astro Awani
Astro Awani
19/04/2018
06:14 MYT
Guan Eng pertahan kerusi Air Putih, Wong Hon Wai ganti Zairil di Bukit Bendera
Lim Guan Eng, hari ini mengesahkan bakal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). - Gambar fail

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, hari ini mengesahkan bakal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Pengumuman dibuat Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow di Tanjong Bungah hari ini. DAP Pulau Pinang turut menamakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri, Air Itam, Wong Hon Wai sebagai calon gabungan Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Bukit Bendera pada PRU.

Hon Wai yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjadi wakil rakyat kawasan Air Itam selama dua penggal itu akan menggantikan Zairil Khir Johari yang akan bertanding di DUN Tanjung Bungah.

Bekas Ahli Parlimen Bukit Bendera itu akan bertanding di kerusi yang diwakili bekas wakil rakyat mereka, Teh Yee Cheu yang telah keluar dari parti itu dan bertanding atas tiket bebas pada PRU ke PRU14 kali ini. Bagi kerusi Dun Pulau Tikus pula, Dap mempertaruhkan muka baharu iaitu bekas Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Chris Lee Chun Kit. Beliau dipilih selepas penyandang kerusi itu sebelum ini, Yap Suey Huey tidak mempertahankan kerusi berkenaan kerana menyambung pengajian di luar negara.

Topic Berkaitan
#Air Itam
#DAP
#Ketua Menteri
#Lim Guan Eng
#Malaysia Memilih
#MalaysiaMemilih
#menteri
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#politik
#PRU
#PRU14
#pulau pinang
#Tanjong Bunga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan