Skip to main content

Politik

Hadi sangkal dakwaan eksploitasi Islam demi kepentingan

NurFazlizai Ali
Hadi Awang berkata, kenyataan yang dikeluarkan beliau berlandaskan al-Quran serta hadis selain apa yang terkandung dalam Perlembagaan dan kenyataan pemimpin mereka. - Foto Astro AWANI/Nur Fazlizai Ali
Advertisement

MARANG: Presiden Pas, Tan Seri Abdul Hadi Awang menyangkal  kenyataan empat pemimpin Melayu DAP yang menuduhnya menuduhnya tidak menghasilkan artikel berilmiah, sebaliknya mengeksploitasi Islam demi kepentingan politik.

Ahli Parlimen Marang itu berkata kenyataan yang dikeluarkan beliau berlandaskan al-Quran serta hadis selain  apa yang terkandung dalam Perlembagaan dan kenyataan pemimpin mereka.

“Apa yang saya cakap dan tulis bernas al-Quran dan hadis. Dan saya cakap apa ada dalam perlembagaan DAP apa kenyataan pemimpin dia," katanya selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila pada Jumaat 

Terdahulu, empat pemimpin DAP mempersoal kritikan Abdul Hadi terhadap parti itu sedangkan Pas pernah bekerjasama dengannya dan menghadapi beberapa pilihan raya bersama.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Naib Pengerusi DAP merangkap Anggota Parlimen Bangi, Syahredzan Johan, ahli Parlimen Banting, Young Syefura Othman, ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid dan Senator Sheikh Umar Bagharib Ali.

Ia susulan tulisan Abdul Hadi bertajuk Negara Islam dan hubungannya dengan bukan Islam yang didakwa pemimpin DAP itu sebagai menggunakan Islam untuk kepentingan politik dan bukan berbentuk penulisan ilmiah.

Abdul Hadi turut berkata, kerjasama Pas dengan mana-mana parti politik termasuk DAP sebelum ini mempunyai syarat.

Jelasnya, DAP membuat kenyataan yang menyerang dasar Pas umpamanya menentang pelaksanaan syariah dan menyentuh perkara yang melanggar syarat ditetapkan parti itu. 

Must Watch Video

Advertisement