awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hamzah dinamakan Ketua Pembangkang, Muhyiddin Ketua Ahli Parlimen PN - Takiyuddin

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
10/12/2022
07:33 MYT
Hamzah dinamakan Ketua Pembangkang, Muhyiddin Ketua Ahli Parlimen PN - Takiyuddin
Mesyuarat Pimpinan PN bersetuju menamakan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. - Fail
KOTA BHARU: Mesyuarat Pimpinan Perikatan Nasional (PN) telah bersetuju untuk menamakan Setiausaha Agung PN, yang juga Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.
Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang turut berkata mesyuarat juga bersetuju melantik Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Ahli Parlimen PN manakala Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai Timbalan Ketua Ahli Parlimen PN.
"Dalam mesyuarat PN kita telah menubuhkan satu jawatankuasa dalam kalangan 74 ahli Parlimen. Kita telah melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Ahli Parlimen PN, Tan Sri Abdul Hadi sebagai Timbalan Ketua Ahli Parlimen PN, manakala Setiausaha Agung Perikatan Nasional Datuk Seri Hamzah Zainudin Ketua Pembangkang," katanya.
Takiyuddin berkata, beliau pula dilantik sebagai Ketua Whip Parlimen bagi gabungan itu.
Parlimen | PN lantik Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang
Jelasnya, keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat beberapa hari lalu.
PN juga katanya telah menghantar nama calon yang Dipertua Dewan Rakyat, namun beliau tidak mahu mendahului Muhyiddin yang dijangka akan mengumumkan nama calon berkenaan.
Ahli PN setakat ini bersetuju untuk menjadi pembangkang di Dewan Rakyat bagi mengimbangi Kerajaan Perpaduan.
Topic Berkaitan
#Hamzah Zainudin
#Perikatan Nasional
#Takiyuddin Hassan
#Muhyiddin Yassin
#PRU15
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan