KUALA LUMPUR:Susulan pemecatan bekas Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin daripada parti tersebut, PKR kini tidak mempunyai wakil rakyat di kerusi Parlimen Ampang.
Pada Isnin, timbul pula spekulasi bahawa bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac akan diketengahkan di kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Astro AWANI sempat menghubungi Hans bagi mendapatkan pengesahan dan perincian lanjut mengenai pencalonannya itu.
Hans yang juga merupakan ahli PKR itu berkata ia terpulang kepada parti dan juga masyarakat setempat sama ada mahu memilihnya sebagai calon atau pun sebaliknya.
Jelas beliau, objektifnya pada ketika ini adalah untuk memberikan fokus untuk membantu masyarakat di Ampang.
“Objektif saya adalah untuk terus memberikan fokus bagi membantu masyarakat di Ampang.
“Berhubung sebarang pencalonan untuk PRU15 di Ampang, ia terpulang kepada Presiden, parti dan masyarakat Ampang,” katanya menerusi mesej WhatsApp kepada Astro AWANI pada Selasa.
Beliau berkata pasukannya dikenali “Kita Budak Ampang” memberikan fokus kepada program sosial bagi membantu masyarakat di situ dan mereka menghargai segala sokongan serta bantuan yang dihulurkan.
Bagaimanapun, katanya, politik arus perdana Malaysia memerlukan barisan pemimpinan baharu kerana ia seolah-olah didominasikan oleh ramai ahli politik yang lebih berusia.
“Kita mempunyai individu lama yang sama dalam arena politik dan itulah sebab rakyat Malaysia tidak berminat dengan politik.
“Kita memerlukan perubahan untuk masa depan yang lebih cerah tetapi ia merupakan tanggungjawab kita untuk memilih dan membuat perubahan tersebut.
“Saya faham rakyat kecewa, tetapi kita tidak boleh berputus asa dan ia sememangnya hak kita untuk memilih jalan yang betul,” katanya.
Untuk rekod, kerusi Parlimen Ampang merupakan kubu kuat PKR sejak PRU ke-12 pada 2008.
Astro Awani
Tue Nov 17 2020

HANS: Berhubung sebarang pencalonan untuk PRU15 di Ampang, ia terpulang kepada Presiden, parti dan masyarakat Ampang. - Gambar fail

Tiada vaksin COVID-19 Pfizer dijual di platform Shopee
Platform pembelian secara dalam talian Shopee, hari ini menafikan pihaknya menawarkan vaksin Pfizer's COVID-19 untuk jualan, sebagaimana yang dipaparkan menerusi satu foto yang tular di Twitter dan Wh

Persiapan Program Imunisasi COVID-19 Miri
Di talian Skype adalah wakil Astro AWANI Sarawak, Nuzuluddin Abdul Razak.
![AWANI 7:45 [05/03/2021] - Bunuh kerana cemburu | Kenyataan tidak tepat | Liga-M buka tirai AWANI 7:45 [05/03/2021] - Bunuh kerana cemburu | Kenyataan tidak tepat | Liga-M buka tirai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893856/33543293391614951070573_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [05/03/2021] - Bunuh kerana cemburu | Kenyataan tidak tepat | Liga-M buka tirai
Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 AWANI!

Tiada kematian, 250 kes baharu
Masih lagi belum dalam lingkungan angka selesa. Hari ini, 250 kes baharu COVID-19 dicatatkan di Sarawak, dengan jumlah keseluruhannya meningkat kepada 10,674 kes. Jika semalam Miri, hari ini Sibu penyumbang tertinggi pertambahan kes di negeri itu, yang mana 123 kes direkodkan.

Uggah terima suntikan vaksin COVID-19
Sementara itu, Pengerusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech pada Jumaat. Suntikan vaksin itu diterima Uggah selepas mendapat nasihat dan pandangan kesihatan.

Yayasan Sarawak bantu bayar pinjaman pelajar
Kerajaan Sarawak hari ini mengotakan janjinya untuk bantu bekas pelajar negeri itu bayar pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Menerusi Yayasan Sarawak, 30 juta ringgit diserahkan kepada PTPTN sebagai dana permulaan bayaran balik pinjaman bagi mereka yang layak.

Awang Rasau sudah tiada...
Seekor harimau Malaya yang digelar 'Awang Rasau' disahkan mati pada pukul 12 tengah hari, hari ini.

Politik | PM harap gabungan parti Melayu kekal hingga PRU-15
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap gabungan beberapa parti Melayu yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus kekal sehingga Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15). Bagaimanapun, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan parti lain yang tidak menyertai Perikatan Nasional terutama UMNO untuk membuat sebarang keputusan mengenai kerjasama tersebut.

China Akan Tambah Ladang Berpiawaian Tinggi
Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Desa China menyasarkan untuk mewujudkan 6.7 juta hektar tanah ladang berpiawaian tinggi pada tahun ini dengan sejuta hektar akan mempunyai kemudahan pengairan cekap.

Mahkamah | Dua lelaki lari dari polis didakwa di mahkamah
Dua lelaki yang terbabit dalam insiden rempuhan kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas, Sungai Buloh, pada 26 Februari lalu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Hans Isaac mohon maaf kepada Eizlan Yusof
Hans Isaac mengaku silap buat dakwaan tidak berasas terhadap Eizlan dalam kumpulan WhatsApp Persatuan Penerbit Filem Malaysia.

Didakwa salah guna kuasa, Eizlan Yusof saman Hans Isaac
Dakwaan tidak berasas Hans, tegas Eizlan, telah mencemarkan reputasinya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Finas.

Hans Isaac bakal bertanding di PRU15? Ini jawapan beliau...
Pada Isnin, timbul pula spekulasi bahawa bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac akan diketengahkan di kerusi tersebut pada PRU15.

COVID-19: Finas sedang usahakan pinjaman kewangan untuk penerbit teruskan operasi - Hans Isaac
Datuk Hans Isaac menjelaskan Finas sedang berusaha supaya Kementerian Kewangan memberikan peruntukan kepada agensi tersebut.

Hero Remaja kembali mencari bakat-bakat baharu
Daripada 600 bakat baharu yang hadir ke ujibakat, akhirnya 12 finalis telah pun berjaya di pilih untuk merebut gelaran Hero Remaja.

Finas akan berusaha bantu ringankan penderitaan pelakon Puteri Balqis
Kakitangan Finas sudah diarahkan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk bantu Puteri Balqis.

Menteri sahaja yang boleh pecat saya - Hans Isaac
Hans Isaac hanya akan mengundurkan diri sekiranya beliau diarahkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

"Saya dan Idham tiada masalah" - Hans Isaac jawab dakwaan tidak sehaluan dengan Idham terajui FINAS
Hans Isaac nafi dakwaan hubungan beliau dengan Ahmad Idham Ahmad Nadzri 'panas' dan tidak sehaluan.

Penggiat seni bakal nikmati manfaat KWSP, Perkeso bermula Januari 2020
Keluhan anak seni tanah air berhubung ketiadaan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akhirnya mendapat perhatian daripada pihak kerajaan.

Pengusaha filem tempatan digesa hasilkan lebih banyak filem animasi
Beliau menggesa syarikat-syarikat produksi filem tempatan memanfaatkan industri animasi kerana ia semakin menjadi pasport segera untuk menerobos ke pasaran antarabangsa.