awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Hanya memalukan diri sendiri' - Penganalisis sifatkan langkah Kayveas tepat

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
12/01/2019
06:15 MYT
'Hanya memalukan diri sendiri' - Penganalisis sifatkan langkah Kayveas tepat
Sebelum ini, Kayveas pernah berkata beliau menanti selama berbelas tahun untuk berkhidmat di Cameron Highlands yang terletak di negeri kelahirannya. Foto: Astro AWANI/Arfa Yunus
Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi menyifatkan penarikan diri Presiden MyPPP, Tan Sri M Kayveas daripada bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands adalah langkah tepat.
Ini kerana jelasnya, peluang buat Kayveas untuk menang adalah tipis.
“Sebenarnya peluang beliau untuk menang adalah sukar kerana persaingan PRK kali ini adalah jelas antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
“Sekiranya beliau tetap dengan pendirian untuk bertanding, beliau tahu akan kalah malah ia hanya akan memalukan beliau sebagai presiden,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.
BACA: Kayveas tarik diri PRK Cameron Highlands
BACA: Pertandingan empat penjuru di PRK Cameron Highlands
Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas keputusan Kayveas menarik diri daripada bertanding PRK Cameron Highlands dan sebaliknya memberi sokongan penuh kepada calon PH, M Manogaran.
Sebelum ini, Kayveas pernah berkata beliau menanti selama berbelas tahun untuk berkhidmat di Cameron Highlands yang terletak di negeri kelahirannya.
BACA: 17 tahun saya tunggu kerusi Cameron Highlands - Kayveas
Topic Berkaitan
#penganalisis politik
#Presiden MyPPP
#PRK Cameron Highlands
#Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi
#Tan Sri M Kayveas
#tarik diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan