Wakil rakyat Pas Datuk Mohd Salleh Man berkata kedudukannya sebagai pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang perlu ditentukan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang.
Ini berikutan pengisytiharan Pas sebagai pembangkang oleh Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan, katanya yang masih keliru tentang pengumuman itu.
"PAS pusat tidak menyebut tentang ADUN (Anggota Dewan Undangan Negeri) Pas Pulau Pinang sertai pembangkang dan saya akan merujuk kepada kedudukan ADUN Pas di Selangor," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di sini pada Khamis.
Mohd Salleh yang juga ADUN kawasan Permatang Pasir berkata kemenangan beliau pada pilihan raya umum lepas adalah atas sokongan kerajaan Pakatan Rakyat yang kini kerajaan Pakatan Harapan.
"Atas mana-mana nama kerajaan itu bukan masalah bagi saya, tapi saya sokong kerajaan negeri kerana dulu kemenangan saya atas tiket semangat Pakatan Rakyat," katanya.
Takiyuddin membuat kenyataan itu pada sidang akhbar di Parlimen hari ini berikutan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang menamatkan perkhidmatan 300 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam kalangan anggota Pas di kawasan Parlimen Kepala Batas.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah berkata Pas negeri menerima keputusan Pas pusat bahawa parti itu kini pembangkang di negeri ini.
"Kami bersetuju dan terima apa saja keputusan yang dibuat oleh Pas Pusat. Seperti mana kita ketahui Pas memang tidak bersama dengan kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang lagi," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Terdahulu dalam kenyataan akhbarnya Mohd Yusni berkata kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang berbohong berhubung isu pemecatan 300 anggota JKKK daripada kalangan anggota Pas di negeri ini kerana ramai daripada mereka yang tidak menerima surat pemecatan daripada kerajaan negeri.
"Jika tidak diserahkan surat pemecatan, kenapa sanggup berbohong bahawa semua 300 JKKK itu telah dipecat? Malah pihak kerajaan negeri seakan 'segan silu' menafikan tindakan meletak jawatan oleh JKKK daripada kalangan ahli dan pemimpin Pas," katanya.
Mohd Yusni turut mempersoalkan mengapa hanya 300 JKKK dimaklumkan sebagai dipecat sedangkan mengikut rekod sebenar menunjukkan 1,083 anggota PAS negeri yang berkhidmat dan terlibat dengan JKKK.
Beliau menyifatkan kenyataan Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mohd Rashid Hasnon berhubung pemecatan 300 JKKK Pas dipecat dan digantikan dengan pemimpin Parti Amanah Negara tidak relevan lagi kepada Badan Perhubungan Pas Pulau Pinang.
Semalam Mohd Rashid dilapor berkata anggota JKKK Pas di kawasan Parlimen Kepala Batas telah dipecat dan bukannya meletak jawatan seperti yang diumumkan Pas kawasan tersebut.
Pas Kepala Batas sebaliknya pada Selasa lepas mengumumkan menarik diri daripada memegang jawatan dalam JKKK bagi kawasan itu.
Sementara itu Mohd Rashid pada sidang akhbar di bangunan DUN hari ini berkata pihaknya menggesa Pas negeri berhenti daripada mempolitikkan isu berkenaan.
"Pas negeri harus sedar bahawa mereka bukan sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan, sekali gus tidak layak menjawat apa-apa jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri," katanya.
Mohd Rashid turut menyatakan kerajaan negeri menghantar surat penamatan perkhidmatan kepada anggota Pas yang dikenal pasti tidak menyokong kerajaan Pakatan Harapan sebaliknya bukan memecat mereka seperti yang dilapor akhbar semalam.
Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman ketika dihubungi berkata tindakan PAS pusat untuk mengisytiharkan PAS sebagai pembangkang adalah lanjutan daripada krisis parti itu dengan DAP.
Beliau berkata sekiranya pergaduhan itu tidak berlaku, PAS tidak akan berbuat demikian dan Pakatan akan lebih kukuh berbanding sekarang.
"Saya berasa tindakan Pas pusat itu tidak memberi sebarang kesan negative kepada PKR dan Pakatan secara keseluruhan kerana ini hanya melibatkan seorang ADUN," katanya.
Sementara itu, Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid berkata Mohd Salleh tidak perlu meletak jawatan untuk menyertai pembangkang kerana PAS tidak lagi dalam Pakatan Harapan.
"Salleh Man bagaikan duduk dalam dua alam di laut dan di darat kerana parti beliau tidak duduk dalam Pakatan Harapan tetapi dia pegang jawatan yang memerlukan dia laksanakan dasar Pakatan," katanya.
Pada pilihan raya umum ke-13 lepas, DAP memenangi 19 kerusi DUN, PKR (10 kerusi) dan Pas (satu) untuk menubuhkan kerajaan negeri Pulau Pinang.
Bernama
Fri Nov 20 2015
SALLEH: PAS pusat tidak menyebut tentang ADUN (Anggota Dewan Undangan Negeri) PAS Pulau Pinang sertai pembangkang dan saya akan merujuk kepada kedudukan ADUN PAS di Selangor. - Gambar Fail
KPT mahu lahir ramai pakar dalam bidang kesihatan planet
Kerajaan bercadang untuk memberikan penekanan untuk menghasilkan graduan yang seterusnya menjadi pakar dalam bidang Planetary Health atau Kesihatan Planet di masa akan datang. Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zaini Ujang ketika ditemu bual Astro AWANI seusai memberikan ucapan bersempena penganjuran Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) pada Khamis berkata, untuk menjayakan perkara itu dua kerangka perlu dilaksanakan.
Kadar miskin tegar di Johor rendah, mampu diatasi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat menoktahkan kadar kemiskinan tegar di Johor.
Katanya, Johor mencatat kadar kemiskinan tegar yang rendah iaitu kurang daripada 2,000 individu, dan mampu diselesaikan dalam masa yang singkat.
Katanya, Johor mencatat kadar kemiskinan tegar yang rendah iaitu kurang daripada 2,000 individu, dan mampu diselesaikan dalam masa yang singkat.
Google pecat 28 pekerja protes perjanjian pengkomputeran awan dengan Israel
Google memecat 28 pekerja yang mengambil bahagian dalam bantahan terhadap projek gergasi teknologi bernilai US$1.2 bilion untuk membekalkan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada kerajaan Israel, Sputnik memetik laporan media AS pada Khamis.
Jepun dilanda gempa bumi, sembilan cedera
Sembilan orang dilaporkan cedera selepas gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda barat daya Jepun, pada Khamis.
Peserta Freedom Flotilla to Gaza dari Malaysia tiba di Turki
Kesemua 19 peserta dari Malaysia yang menyertai misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tiba di Istanbul, Turkiye pada 2.47 petang Khamis (waktu tempatan).
Banjir di Melaka pulih sepenuhnya
Pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan di Melaka bagi menempatkan mangsa banjir di beberapa kawasan di negeri itu ditutup sepenuhnya pada Khamis.
SKMM sita telefon bimbit milik tiga individu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyita telefon bimbit milik ketiga-ketiga individu untuk memuat naik video bagi membantu siasatan.
SKMM turut merakam percakapan Badrul Hisham (Chegubard),Salim Iskandar di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor. Sementara, Wan Muhammad Azri bin Wan Deris (Papagomo) dilakukan di Balai Polis Setapak.
SKMM turut merakam percakapan Badrul Hisham (Chegubard),Salim Iskandar di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor. Sementara, Wan Muhammad Azri bin Wan Deris (Papagomo) dilakukan di Balai Polis Setapak.
Bas langgar 11 kenderaan, dua cedera
Hilang kawalan akibat kegagalan brek dipercayai punca sebuah bas melanggar 11 kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang di Batu Pahat, Johor.
Bekas juruteknik didakwa kali kedua
Seorang bekas juruteknik sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas pertuduhan membuat hantaran menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah melalui Facebook miliknya, Mac lepas.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Seorang penunggang motosikal maut selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 30 meter dalam kemalangan di Jejantas Sungai Tiram, Bayan Lepas petang Khamis.
Mangsa lelaki berusia 27 tahun itu dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah sebuah hospital swasta.
Mangsa lelaki berusia 27 tahun itu dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah sebuah hospital swasta.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
PRK Kuala Kubu Bharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
DAP belum bincang PRK, tumpu pengebumian Lee - Teo
DAP mahu tumpu urusan pengebumian mendiang Lee Kee Hiong sebagai penghormatan kepada penyandang kerusi DUN berkenaan.
DAP tubuh jawatankuasa urus pengebumian mendiang ADUN Kuala Kubu Baharu
DAP Selangor akan menubuhkan satu jawatankuasa khusus bagi menguruskan pengebumian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong yang meninggal dunia hari ini.
DAP sokong keberanian PM jadi suara antarabangsa dalam isu Palestin - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, ini kerana kekejaman di Gaza hanya dapat ditamatkan melalui penyelesaian antarabangsa.
UMNO-DAP: Pemimpin perlu tunjuk teladan, hindari kenyataan sensitif - Penganalisis
Pemimpin dalam parti komponen yang membentuk Kerajaan Perpaduan perlu menunjukkan teladan yang baik kepada akar umbi demi mengekalkan kestabilan yang wujud.
'DAP jangan guris hati orang Melayu' - Ahmad Maslan
Pimpinan utama parti dalam Kerajaan Perpaduan diminta lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan kerana dikhuatiri boleh menyinggung perasaan orang Melayu dan Bumiputera.
MUDA kritik tindakan terhadap Tony Pua, gesa kerajaan semak semula akta hasutan
Kerajaan Madani digesa supaya menyemak semula dan mengemas kini akta hasutan susulan Tony Pua dipanggil untuk direkod keterangan.
DAP setuju cadangan RUU penggal tetap Parlimen
Anthony Loke berkata, ia kerana saranan tersebut adalah baik untuk mengurangkan masalah atau isu politik yang timbul dalam tempoh satu penggal Parlimen.
Zahid nasihat MCA, DAP selesai perbezaan pendapat
Perbezaan pendapat antara MCA dan DAP adalah perkara biasa dalam politik, tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.