KUALA LUMPUR: Muhammad Hilman Idham menafikan laporan yang mendakwa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengugut untuk menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekiranya beliau tidak dilantik sebagai timbalan perdana menteri.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu yang juga Setiausaha Politik Mohamed Azmin menjelaskan laporan yang disiarkan beberapa portal sebelum ini berniat jahat dan tidak bertanggungjawab.
"Laporan tersebut diyakini bertujuan untuk menggugat kestabilan dan perpaduan yang semakin utuh dalam Perikatan Nasional (PN) yang mendukung kepimpinan Ismail Sabri sebagai perdana menteri.
"Amat dikesali, kedua-dua portal media tersebut tidak dapat mengesahkan kebenaran sumber yang dilaporkan demi menjamin laporan yang tepat dan bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan.
Nama Mohamed Azmin antara yang disebut-sebut bakal mengalas jawatan timbalan perdana menteri dalam pentadbiran yang diterajui Ismail Sabri.
Sebelum ini Mohamed Azmin merupakan Menteri Kanan menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI) ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mohamed Azmin juga pernah dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi ketika Pakatan Harapan menguasai kerajaan dan pernah menjawat jawatan Menteri Besar Selangor.
Beliau juga merupakan bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum meninggalkan parti itu tahun lalu dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Astro Awani
Tue Aug 24 2021

MUHAMMAD HILMAN: Laporan tersebut diyakini bertujuan untuk menggugat kestabilan dan perpaduan yang semakin utuh dalam Perikatan Nasional (PN) yang mendukung kepimpinan Ismail Sabri sebagai perdana menteri. -Gambar fail

Fitri Maskon jadi pengadil pertama dipecat FAM
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat keputusan tegas dengan memecat pengadil Fitri Maskon daripada semua tugasan susulan prestasi lemah.

Tipu umrah: Polis terima 141 laporan libatkan kerugian lebih RM3 juta
Syarikat berkenaan berdaftar dan memperoleh lesen daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menjalankan aktiviti umrah bermula 2023 hingga Mac 2027.
Brazil jadi tuan rumah sidang kemuncak BRICS di Rio de Janeiro pada Julai
Brazil akan menjadi tuan rumah sidang kemuncak pemimpin BRICS di Rio de Janeiro pada 6 dan 7 Julai, umum Menteri Luar Mauro Vieira pada Sabtu, lapor Xinhua.
AS, Jepun, Korea Selatan perbaharui perkongsian
Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Korea Selatan mengesahkan semula perkongsian trilateral dan komitmen mereka terhadap keselamatan serantau pada Sabtu, ketika diplomat tertinggi ketiga-tiga negara itu mengadakan pertemuan di Munich, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Lebih 25 orang ditahan susulan serangan konvoi UNIFIL
Pihak berkuasa Lubnan mengumumkan lebih daripada 25 orang ditahan susulan serangan ke atas konvoi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mencederakan dua anggota pasukan pengaman, termasuk timbalan komander pasukan yang bakal menamatkan perkhidmatannya.
83 individu hadir UFPK secara terbuka di Karnival MFJ x SPA 2025
Seramai 83 individu menghadiri Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK) secara terbuka atau walk in di Karnival MFJ X SPA 2025 pada Ahad.
Tiada unsur DNA babi dalam sandwich yang dijual di UM
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali memaklumkan laporan Jabaran Kimia Malaysia yang diperoleh pad 20 Januari 2025 mengesahkan tiada unsur DNA porcine dalam semua sampel bagi setiap perisa sandwich yang didapati menyalah guna logo halal.

Pusat proses 'e-waste' haram diserbu, saintis China ditahan, nilai rampasan RM1.3 bilion
PGA Hulu Kinta membongkar kegiatan memproses sisa terjadual secara haram dengan nilai rampasan lebih RM1.3 bilion dalam serbuan ke atas sebuah kilang di Sungai Siput.

Jawatan dalam Kabinet Sarawak: Abdul Karim serah kepada Premier
Abdul Karim yang memegang dua portfolio menteri dalam Kabinet negeri berkata sebarang urusan berhubung pelantikan anggota kabinet adalah hak Abang Johari.

Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 fokus isu jenayah dalam talian
Pindaan ini bertujuan menyediakan ekosistem rangkaian internet yang lebih selamat dan mampan.

Azmin setuju debat dengan Rafizi dengan syarat
Rafizi terlebih dahulu perlu membuktikan telah berjaya dalam pelaksanaan dan pemulihan ekonomi negara.

Azmin beri bayangan tidak bertanding PRN
Mohamed Azmin secara peribadi berkata sudah tiba masa untuknya memberikan laluan kepada tokoh muda dalam Perikatan Nasional (PN).

'Kerusi panas' PRU15: Kempen 'membara' iringi pertembungan nama besar di Gombak
Bagaimana setiap calon melaksanakan tanggungjawab dan hala tuju serta pengisian kempen bakal menentukan pemenangnya.

PRU15: Azmin yakin mampu pertahan Gombak
Ia susulan penerimaan penduduk Gombak terhadapnya selain hakikat dirinya sendiri adalah penduduk jati kawasan Parlimen itu.

Masa paling sesuai adakan PRU15 adalah sekurang-kurangnya enam bulan lagi - Azmin
Masa yang paling sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 adalah sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan lagi, ujar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin ucap takziah kepada keluarga Mustapha Kamal
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan takziah kepada keluarga tokoh korporat dan pengasas Emkay Group, Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar yang meninggal dunia pagi Isnin.

PKR tidak akan kerjasama dengan Azmin
PKR tidak akan berbincang atau bekerjasama dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Itu ketetapan yang dibuat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR selepas mesyuarat yang diadakan pada Isnin

Azmin, Rashid akan tinggalkan Bersatu? Ini penjelasan Muhyiddin...
Muhyiddin menjelaskan dakwaan tersebut adalah tidak benar dan beliau sering berbincang dengan Azmin mengenai masa depan Bersatu.

Menteri ekonomi ASEAN rangka rancangan kerja serantau
Sesi pemukiman tersebut akan turut meneruskan perbincangan dalam menetapkan keutamaan bagi mempercepatkan pemulihan ekonomi serantau.

Malaysia muncul negara paling menarik di rantau Asia Tenggara untuk pelaburan asing
Ini didorong oleh kejayaan negara menarik lebih RM220 bilion pelaburan yang diluluskan pada 2021.