awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hishammuddin tegas tiada isu berhubung pembelian helikopter

Hilmi Malik
Hilmi Malik
11/03/2020
10:15 MYT
Hishammuddin tegas tiada isu berhubung pembelian helikopter
Hishammuddin bidas Presiden PKR isu pembelian helikopter. Gambar Sinar Harian.
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas tindakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang masih cuba memainkan isu dakwaan ‘kehilangan’ helikopter sewaktu beliau mengetuai Kementerian Pertahanan.
Menteri Luar itu berkata, tiada lagi isu yang timbul selepas Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, memaklumkan pihaknya akan menerima enam buah helikopter tempur jenis MD-530G pada hujung tahun ini.
“Kementerian Pertahanan bukan hanya melibatkan helikopter dan saya telah pun dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk beri keterangan. Kalau itu sahaja isu yang dia (Anwar) bangkitkan... jadi ‘bring it on’,” katanya.
Hishammuddin berkata demikian mengulas isu dakwaan pembelian enam helikopter tempur jenis MD-530G bernilai RM300 juta yang belum diterima, walaupun pembelian dilakukan ketika beliau menjadi Menteri Pertahanan sewaktu pentadbiran kerajaan terdahulu.
Beliau yang enggan mengulas lanjut, sebaliknya menegaskan hanya akan menumpukan perhatian terhadap kementeriannya sahaja.
“Kalau itu sahaja yang dia (Anwar) ada, saya nak tumpukan (perhatian) kepada Wisma Putra”, katanya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#ATM
#helikopter tempur
#Hishammuddin Hussein
#MD-530G
#PKR
#SPRM
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan