KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini mengingatkan ahli jemaah menteri supaya menghormati institusi Parlimen dengan hadir menjawab soalan yang dikemukakan kepada kementerian yang diwakili.
Beliau berkata Dewan Negara harus dihormati dan kehadiran seseorang menteri sangat penting dalam menjelaskan sesuatu persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Negara.
"Saya memperingatkan, kalau Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) boleh datang, kedua-kedua Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof) boleh datang (ke sidang Dewan Negara), takkan menteri tak boleh datang?
"Tak kan lah tempat ini rendah sangat untuk menteri datang. Ini dewan tertinggi Parlimen," kata beliau semasa Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan sedang menjawab pertanyaan pada sesi jawab lisan di Dewan Negara di sini hari ini.
Terdahulu, Senator Amir Md Ghazali ketika mengemukakan soalan tambahan meminta penjelasan mengenai kedudukan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing yang beliau dakwa tidak pernah hadir menjawab soalan sejak lebih lapan bulan beliau berada di Dewan Negara.
Wan Junaidi turut menegur Khairul Firdaus yang tidak menjawab soalan sebagaimana yang diajukan kepada kementerian itu.
"Yang Berhormat (Khairul Firdaus) jawab banyak pasal hal produk pelancongan (sahaja), yang ditanya di (sidang) ini adalah sikap pemain industri (dan) bukan produk (sahaja)... harap kementerian (Pelancongan, Seni dan Budaya) buat betul-betul jawapan itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 11 2023
Wan Junaidi ditemui media selepas menghadiri Sesi Libat Urus Yang Di-Pertua Dewan Negara Bersama Ahli-Ahli Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Hormat institusi Parlimen, hadir jawab soalan sidang Dewan Negara - Wan Junaidi
Yang Dipertua Dewan Negara mengingatkan ahli jemaah menteri supaya menghormati institusi Parlimen dengan hadir menjawab soalan dikemukakan.
COVID-19: Semua pihak perlu bekerja sebagai sebuah pasukan - Gabungan Melayu Islam
Parti-parti politik dari pihak kerajaan, pembangkang dan blok bebas diseru agar bekerjasama memulihkan negara daripada pandemik COVID-19.