awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan kelemahan dolar
Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ismanira tidak dibenar tangguh hukuman penjara lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hubungan tahaluf siyasi dengan DAP terbatal, dengan PKR kekal - Majlis Syura Ulamak PAS

Astro Awani
Astro Awani
11/07/2015
00:03 MYT
Hubungan tahaluf siyasi dengan DAP terbatal, dengan PKR kekal - Majlis Syura Ulamak PAS
Majlis Syura Ulamak PAS, memutuskan hubungan tahaluf siyasi parti itu dengan DAP terbatal. - Gambar Fail
Majlis Syura Ulamak PAS, memutuskan hubungan tahaluf siyasi parti itu dengan DAP terbatal namun pada masa yang sama hubungan tahaluf siyasi bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikekalkan.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis itu yang berlangsung pada Jumaat.
“Majlis Syura Ulamak kesal dengan tindakan-tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat, serta campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS,” menurut kenyataan itu.
Di sebalik keputusan ini, PAS akan konsisten meneruskan hubungan dengan semua pihak menerusi hubungan tahaluf siyasi bersama parti politik dan NGO bukan Islam.
Dalam masa yang sama PAS tetap teguh berpegang dengan dasar-dasar Islam ketika berhubung dengan semua pihak.
Parti itu sebelum ini meluluskan usul Dewan Ulama PAS Pusat untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam muktamar tahunannya.
Tahaluf siyasi, adalah kerjasama politik di antara parti itu dengan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP.
Topic Berkaitan
#DAP
#Majlis Syura Ulamak
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan