awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Husam cabar Nik Abduh nafi suara dalam rakaman audio miliknya

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
02/03/2018
01:45 MYT
Husam cabar Nik Abduh nafi suara dalam rakaman audio miliknya
Husam meminta pimpinan Pas menyiasat kesahihan rakaman audio tersebut sama ada ia benar atau sebaliknya. - Gambar fail
Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan Husam Musa mengakui rakaman audio yang tular di media sosial mendakwa Ahli Parlimen Pas Nik Mohamed Abduh Nik Abdul Aziz menerima sejumlah wang dari UMNO, berpunca darinya.
Pada masa sama, bekas naib presiden Pas itu mencabar Nik Mohamed Abduh supaya menafikan suara dalam rakaman audio tersebut adalah miliknya.
Katanya, beliau juga bersedia disaman oleh wakil rakyat Pasir Mas itu sekiranya dakwaannya salah.
"Saya mengesahkan rakaman yang diposting itu rakaman serupa saya. Sepatutnya dia saman lah. Tak boleh ugut saja.
"Saya tak nak bercakap sahaja, kerana sebelum ini dah berpuluh kerajaan Pas nak saman saya, (tetapi) sampai ke hari ini, saman tak ada," kata Husam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai dua rakaman audio yang tersebar di media sosial yang dikatakan suara milik Nik Mohamed Abduh.
Rakaman tersebut berkisar soal perbincangan bersama seorang lagi individu mengenai dakwaan menerima wang dari UMNO serta mengenai kerjasama dengan UMNO pada pilihan raya di Sarawak.
Bagaimanapun, Nik Mohamed Abduh menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut menerusi akaun Facebook miliknya sambil menyifatkan ia satu fitnah terhadap dirinya.
Pendedahan terbaru Husam itu bertujuan meminta supaya pimpinan Pas menyiasat kesahihan rakaman tersebut sama ada ia benar atau sebaliknya.
Husam menjelaskan beliau masih mempunyai baki rakaman audio berkenaan yang akan didedahkan satu masa nanti.
Topic Berkaitan
#audio
#Husam Musa
#Kelantan
#media sosial
#Nik Mohamed Abduh Nik Abdul Aziz
#Pakatan Harapan
#rakaman
#Tular
#UMNO
#wang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan