SINTOK: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya mengumumkan, namun tidak menyelesaikan hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) ketika beliau menjadi Perdana Menteri.
Anwar berkata, beliau sebagai Menteri Kewangan baharu sahaja menandatangani dokumen kelulusan terbabit pada akhir Jun baru-baru ini.
"Hari ini mantan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin buat kenyataan PM berbohong kerana perkara ini telah selesai sejak tahun 2021.
"Saya baru signed (tanda tangan) akhir Jun, Menteri Kewangan signed kelulusan ini. Jadi kamu dah selesai tahun 2021 bagaimana, selesai di mana?," katanya ketika berucap di Program Temu Anwar di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok di sini pada Sabtu.
Katanya, beliau tidak menafikan ada persetujuan tentang penyelesaian hutang terbabit ketika pemerintahan Muhyiddin tetapi tidak diselesaikan.
"Memang ada persetujuan dulu, tapi tak selesai. Belanjawan 2021 Perikatan Nasional (PN), 2022 PN tidak ada peruntukan untuk menyelesai dan meluluskan hutang Felda.
"I stand by this record hanya dalam Belanjawan Madani 2023 saya serahkan RM990 juta peruntukan awal untuk melupuskan hutang peneroka Felda yang jumlahnya RM8.3 bilion," katanya.
Muhyiddin sebelum itu mendakwa Anwar melakukan pembohongan berhubung pelupusan hutang peneroka Felda.
Beliau yang juga Pengerusi PN turut menafikan dakwaan Ahli Parlimen Tambun yang menuduhnya tidak melaksanakan pelupusan hutang tersebut semasa mentadbir kerajaan.
Katanya, hal itu disahkan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam jawapan di Parlimen pada 23 Februari 2023, pelupusan hutang peneroka Felda telah dilaksanakan pada tahun 2021. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 08 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut ribuan pelajar pada program Temu Anwar di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok hari ini. - Foto BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Malaysia-Thailand | Fokus majukan kawasan sempadan
Sejauh mana projek kerajaan Thailand untuk bina pelabuhan dan jambatan darat yang akan memendekkan perjalanan kapal hingga tidak perlu melalui Selat Melaka dapat mebawa manfaat kepada Malaysia?

Audit subsidi minyak masak dilaksana sejak Oktober - Armizan
Kerajaan telah memulakan audit berkaitan subsidi minyak masak yang dilaksana di setiap negeri dan daerah sejak Oktober lepas bagi mengatasi isu ketirisan.

Gaji rendah, kurang pendedahan faktor Malaysia kurang pakar keselamatan siber
Faktor gaji dan kurang pendedahan kepada kerjaya bidang keselamatan siber dilihat antara faktor Malaysia kekurangan pakar dalam bidang berkenaan.

"Dr Mahathir tak beri nasihat yang baik kepada pembangkang" - Fahmi
Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat tidak menjadi penasihat yang baik melibatkan empat negeri yang berada di bawah pemerintahan parti pembangkang.

Lawatan kerja ke Vietnam bincang isu berkait keselamatan - Mohamad Hasan
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan akan melakukan lawatan kerja ke Vietnam Ahad ini, bagi membincangkan beberapa isu berkaitan keselamatan dengan rakan sejawatnya di negara itu.

'Berjuang habis-habisan, berani kerana benar' - Adam Radlan
Pada 9 November lalu, Adam Radlan, 42, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Datuk Anita Harun.

Anifah Aman kecewa masalah air Labuan berlarutan, sukar tarik pelabur
Dewan Rakyat pada 13 Oktober lepas meluluskan RUU bagi meminda Akta SPAN 2006, bertujuan memperkemas tadbir urus dan memperkukuh SPAN.

Kemuka borang bantuan banjir palsu, bekas pengerusi JPKK didenda RM5,000
Seorang warga emas didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan mengemukakan borang bantuan banjir yang mengandungi butiran palsu, tahun lepas.

Siti Nordiana ‘hilang suara’, kes saman ditangguhkan
Prosiding kes saman Siti Nordiana Alias terhadap lima individu termasuk dua artis iaitu Lan Solo dan Syura, ditangguhkan selepas penyanyi itu hilang suara.

Adam Radlan berdepan enam lagi kes AMLA
Adam Radlan, 42, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Datuk Anita Harun.

ANAK desak Felda segera muktamad hutang peneroka
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mendesak pengurusan Felda segera memuktamadkan penyata hutang 112,635 peneroka, kata pengerusinya Mazlan Aliman.