Krisis Menteri Besar yang melanda Selangor ketika ini adalah berpunca daripada cita-cita seorang lelaki bernama Anwar Ibrahim.
Itu pandangan Pengerusi Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Dr Chandra Muzaffar yang berkata cita-cita Ketua Umum Pakatan Rakyat itu untuk menakluki Putrajaya telah membawa kepada rentetan masalah di Selangor.
"Lelaki ini adalah masalahnya. Bagaimana isu ini timbul? Bukan kerana Tan Sri Khalid. Ini kerana seseorang yang ingin menakluki Putrajaya tetapi gagal berbuat demikian pada pilihan raya umum pada Mei 2013. Selepas gagal, Anwar berfikir, bagaimana hendak mendapatkan Selangor?
"Saya hendak menjadi Menteri Besar, saya hendak tunjuk apa yang saya boleh buat. Saya harus menolak keluar kawan saya, Khalid. Khalid telah memberi bantuan kewangan kepada keluarga Anwar dan partinya semasa Anwar berada di dalam penjara. Tetapi Anwar membuat keputusan bahawa dia mahukan jawatan itu.
"Ini adalah sebahagian daripada sandiwara Anwar dan (penyebab) krisis Menteri Besar berlaku," Chandra memberitahu Astro AWANI di dalam satu temubual.
Chandra yang merupakan salah seorang pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 1999, berkata beliau amat sedih dengan situasi semasa yang sedang berlaku.
"Ahli DAP dan PKR yang berpelajaran tinggi dan merupakan ahli politik yang berpengalaman menyokong Anwar kerana inginkan kuasa," katanya.
Chandra menerangkan bahawa Khalid adalah calon Menteri Besar yang lebih baik berbanding calon pilihan PKR dan DAP, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata Khalid bukan sahaja telah mengukuhkan asas kewangan negeri Selangor, tetapi berbanding semua Menteri Besar dan Ketua Menteri di negara ini sejak 57 tahun lepas, beliau ialah satu-satunya Menteri Besar yang tidak memberikan projek dan kontrak kepada kroninya sendiri.
"Ini adalah satu perkara yang baik kerana ia telah menjadi penyakit. Sesetengah orang menjadi ahli politik untuk mendapatkan kontrak dan projek, bukan kerana untuk berkhidmat kepada rakyat. Khalid menghentikan amalan itu.
"Tetapi Anwar mahu isterinya menjadi Menteri Besar kerana dia mahu seseorang yang dia boleh kawal. Wan Azizah telah berkata secara terbuka bahawa dia sanggup menjadi boneka Anwar. Saya tidak dapat melihat bagaimana dia (Wan Azizah) boleh berfungsi sebagai Menteri Besar, sebagai boneka.
"Beliau ialah seorang pemimpin yang tidak sesuai. Dia tidak mempunyai kualiti kepimpinan. Adalah amat memalukan apabila Anwar mendesak Wan Azizah untuk menjadi Menteri Besar.
"Dari segi kecekapan, sifat yang sangat penting bagi seorang pemimpin, Khalid jauh lebih cekap daripada Wan Azizah. Bolehkah anda menamakan satu ucapan cemerlang yang Wan Azizah buat di Parlimen? Bolehkah anda namakan saya satu perkhidmatan yang luar biasa yang telah dilakukannya sebagai MP. Ia hanya sederhana, " ulas Chandra.
T K Letchumy Tamboo
Sat Aug 16 2014
Krisis Menteri Besar yang melanda Selangor adalah disebabkan oleh cita-cita seorang lelaki bernama Anwar Ibrahim, kata Chandra Muzaffar.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Anwar hadiahkan kek sempena ulang tahun ke-70 kelahiran Presiden Kazakhstan
Kek itu disampaikan sendiri oleh Anwar kepada Tokayev yang hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Nursultan Nazarbayev.
Ahli Parlimen, ADUN Bersatu diberi tempoh 14 hari nyata pendirian - Hamzah
Semua wakil rakyat Bersatu termasuk enam Ahli Parlimen dan ADUN yang berpaling tadah dengan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan diberi tempoh 14 hari untuk menyatakan pendirian mereka.
PM Anwar tiba di Uzbekistan untuk lawatan rasmi tiga hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Uzbekistan.
Kazakhstan beri peluang syarikat Malaysia teroka bidang baharu
Kazakhstan bersetuju memberi peluang kepada syarikat Malaysia untuk meneroka pelbagai bidang di negara Asia Tengah itu termasuk perlombongan dan tenaga boleh baharu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
Presiden Kazakhstan nyatakan kesediaan tingkatkan interaksi, kerjasama dengan Malaysia
Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev menyatakan kesediaan negaranya untuk meningkatkan interaksi dan kerjasama dengan Malaysia semasa lawatan rasmi Perdana Menteri ke ibu negara Astana.
Harap insiden Meta turunkan berita pertemuan PM, pemimpin Hamas tidak berulang - Fahmi
Fahmi harap insiden pengendali platform media sosial Meta menurunkan laporan berita pertemuan Perdana Menteri dengan pemimpin Hamas tidak berulang.
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.