POLITICS
'Ini bukan tentang politik saja' - Nurul Izzah tolak pelawaan debat

Kata Nurul Izzah, tumpuannya kini adalah menyantuni perwakilan dan tidak mahu fokus kepada berpolitik semata-mata. - Gambar fail/Astro AWANI
SHAH ALAM: Calon Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menolak pelawaan untuk berdebat oleh penyandang jawatan, Datuk Seri Rafizi Ramli.
Kata Nurul Izzah, tumpuannya kini adalah untuk menyantuni perwakilan dan tidak mahu memfokuskan pemilihan tersebut kepada berpolitik semata-mata.
"Kita nak kurangkan ketegangan kerana pada kami, keutamaan adalah untuk menyantuni perwakilan.
"Saya sendiri ada program dengan Wanita dan anak muda, jadi saya tak mahu tertumpu kepada politik saja. Ini bukan tentang berpolitik sahaja tetapi tentang penglibatan dengan semua bahagian kita," katanya ketika ditemui selepas Pertemuan Khas Anggota dan Pimpinan Keadilan Selangor, pada Rabu.Terdahulu, Rafizi menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan Nurul Izzah bagi meredakan suhu yang panas dalam kalangan penyokong kedua-dua tokoh muda parti tersebut ketika ini.
Media sebelum ini melaporkan, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Prasanth Kumar Brakasam mencadangkan supaya kedua-dua tokoh muda parti itu berdebat secara terbuka.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami