awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ini menggemparkan, Khairuddin janji tidak akan tinggalkan Pas - Mursyidul Am Pas

Astro Awani
Astro Awani
14/03/2022
10:20 MYT
Ini menggemparkan, Khairuddin janji tidak akan tinggalkan Pas - Mursyidul Am Pas
Hashim berkata beliau akan mendapatkan penjelasan dari Khairuddin berhubung keputusannya membuat permohonan untuk meninggalkan Pas. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Khairuddin Aman Razali pernah berjanji tidak akan meninggalkan Pas, kata Mursyidul Am parti itu, Hashim Jasin.
Hashim berkata beliau akan mendapatkan penjelasan dari Khairuddin berhubung keputusannya membuat permohonan untuk meninggalkan Pas.
"Dia janji dengan saya, apa pun yang jadi, dia tak akan keluar dari Pas. Ini menggemparkanlah apabila dia ambil tindakan begitu (keluar Pas).
"Tapi ikut janji dia, dia tak akan keluar daripada Pas. Jadi saya akan dapatkan penjelasan daripada dia sendiri," katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.
Hashim juga enggan mendedahkan sama ada Khairuddin pernah berkongsi apa yang terbuku di hatinya sehingga membuat keputusan keluar Pas.
BACA: Khairuddin Aman Razali umum keluar Pas
Politik | Khairuddin tinggalkan Pas
Bagaimanapun, dia berkata tindakan Khairuddin itu merupakan satu kehilangan dan menyuarakan penghargaan untuk segala pengorbanannya kepada Pas.
"Sedikit sebanyak (rasa kehilangan) dan terima kasih atas pengorbanan dia dalam jemaah ini," katanya.
Ditanya jika dia akan cuba memujuk Khairuddin untuk menarik balik permohonannya, Hashim berkata ia bergantung kepada keadaan.
"Kita tengok keadaan macam mana," katanya ringkas.
Pada Isnin, Khairuddin mengumumkan beliau telah mengemukakan surat dan membuat permohonan untuk berhenti daripada menjadi ahli Pas.
Topic Berkaitan
#Hashim Jasin
#Khairuddin Aman Razali
#PAS
#Mursyidul Am
#keluar parti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan