awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ini taktik Anwar, harap rakyat dapat baca strategi yang dimainkan - Bendahari Bersatu Sabah

Assim Hassan
Assim Hassan
23/09/2020
07:10 MYT
Ini taktik Anwar, harap rakyat dapat baca strategi yang dimainkan - Bendahari Bersatu Sabah
MOHD ARIFIN: Saya yakin ini sandiwara dan lakonan daripada Anwar. - Astro AWANI
Kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah menyelar kenyataan Presiden PKR yang mengatakan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah jatuh.
Bendahari Bersatu Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menjelaskan kenyataan Ahli Parlimen Port Dickson itu hanya taktik dan strategi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Sabtu ini.
Tambahnya, beliau yakin barisan ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
"Saya harap rakyat dapat membaca strategi yang dimainkan oleh pihak sebelah untuk mengaburi mata dan mempengaruhi pihak yang mahu menunaikan tanggungjawab mengundi Sabtu ini.
"Saya yakin ini sandiwara dan lakonan daripada beliau (Anwar) sahaja," katanya ketika ditemui Astro AWANI pada Rabu.
Dalam sidang media awal hari ini, Anwar, yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, beliau telah mempunyai sokongan majoriti yang kukuh daripada Ahli Dewan Rakyat untuk membentu kerajaan baharu.
Ujarnya lagi, dengan sokongan itu, Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah ‘jatuh’.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#bendahari bersatu sabah
#Bersatu
#Mohd Arifin Mohd Arif
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#PRN Sabah
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan