awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inisiatif kerajaan tambah pengeluaran ikan di Perak - Tajuddin

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
17/06/2016
12:27 MYT
Inisiatif kerajaan tambah pengeluaran ikan di Perak - Tajuddin
TAJUDDIN: Ia dapat dicapai dengan inisiatif kerajaan termasuk pengumuman pembinaan jeti nelayan. -Gambar fail
Kerajaan menyasarkan pengeluaran 98,320 tan metrik ikan di Perak pada tahun ini, sekali gus melihat kepada penambahan kira-kira 43 ribu tan metrik berbanding tahun sebelumnya.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata ia dapat dicapai dengan inisiatif kerajaan, termasuk pengumuman pembinaan jeti nelayan.
"Pada 2015, pengeluaran ikan daripada sektor akuakultur Perak adalah sebanyak 55,411 tan metrik. Perak menyasarkan pengeluaran ikan daripada akuakultur adalah sebanyak 98,320 tan metrik pada tahun ini.
"Ini bermakna, Perak memerlukan lebih kurang 43 ribu tan metrik lagi untuk mencapai sasaran tersebut. Manakala, pendaratan ikan sungai pada 2015 adalah sebanyak 588 tan metrik dan pendaratan sungai di Kuala Kangsar adalah sebanyak 51 tan metrik," katanya.
Tajuddin berkata demikian semasa sidang media selepas majlis peletakan batu asas kemudahan jeti nelayan darat Kampung Senggang di sini hari ini.
Pemilihan kawasan itu berdasarkan statistik Jabatan Perikanan yang mendapati 17 nelayan di Kampung Senggang sementara 46 nelayan darat berada di Mukim Senggang.
Kata Tajuddin, Kuala Kangsar merupakan daerah keenam terbanyak pendaratan ikan air tawar di Perak.
"Pada tahun 2015, sebanyak 51.28 tan metrik ikan dan Kuala Kangsar juga mengeluarkan sebanyak 1.3 ribu tan metrik ikan daripada akuakultur dan kebanyakannya daripada sistem kolam tanah," jelasnya.
Dalam pada itu, Tajuddin menasihatkan para nelayan agar tidak menjual hasil tangkapan kepada pihak ketiga atau peraih ikan.
"Jangan jual kepada peraih dan kelak mereka menjualnya semula dengan harga yang tinggi.
"Seharusnya nelayan ini menjual sendiri hasil mereka dan menanam kemahiran keusahawanan dalam diri masing-masing," katanya.
Topic Berkaitan
#pembinaan jeti nelayan
#pengeluaran ikan
#sektor akuakultur Perak
#Tajuddin Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan