MENDADAK naik lebih setengah juta!
Dalam tempoh dua bulan selepas membuka akaun Instagram peribadinya, Perdana Menteri Malaysia yang baharu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini mempunyai 710,046 pengikut!
Apa yang lebih menarik, akaun Instagram @chedetofficial itu hanya mempunyai kira-kira 120,000 pengikut pada hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan jumlah itu meningkat lebih setengah juta dalam masa dua hari, sehingga ke saat ini.
Malah, 24 jam selepas memenangi PRU14, jumlah pengikut akaun beliau mencecah 648,000!
Percaya atau tidak, akaun yang berusia dua bulan itu juga telah mengatasi pengikut pendahulunya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang hanya mempunyai 422,839 pengikut.
Tun Mahathir hanya mengikut tujuh akaun Instagram dan salah satunya adalah penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan anaknya sendiri, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Terbaharu akaun yang dimulakan pada 15 Mac 2018 itu memuat naik gambar hari pertama tugasan rasminya sebagai ketua kerajaan (dengan nada sinis) sekali lagi.
Semakan Astro AWANI (sewaktu artikel ini diterbitkan) mendapati, Tun Mahathir seorang yang sering menghiburkan netizen dengan meletakkan kapsyen foto yang bersahaja dan melucukan.
Ada kalanya, beliau suka beri punchline atau troll yang mencuit hati netizen, tidak kira di Instagram mahupun Twitter.
Baca lagi: 'Punchline' Tun M sepanjang PRU14 berbekas di hati netizen
Perdana Menteri berusia 92 tahun itu juga tidak ketinggalan untuk sentiasa memberi kemaskini mengenai pergerakannya melalui instastory beliau.
Malik Ridhwan
Fri May 11 2018

Paparan skrin akaun Instagram @chedetofficial. - Sumber foto IG @chedetofficial

Android 16 akan dilancarkan pada bulan Jun
Versi akhir Android 16 sudah lama dinantikan sejak program Android 16 Beta dimulakan pada Januari yang lalu.
Cabaran etika semakin kabur, tapi masa makin suntuk - Penyelidik
Dr Wan Nor Fitri dari UPM tegaskan cabaran etika dalam pengklonan Harimau Malaya semakin kabur apabila spesies itu berdepan kepupusan. Beliau gesa pendekatan saintifik dimulakan segera, termasuk simpanan sel stem, sebelum terlambat

Polis tahan 3 lelaki naik motosikal ceroboh Hutan Simpan Rotan Tunggal di Raub
Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia kerana menceroboh kawasan Hutan Simpan Rotan Tunggal di Kampung Sang Lee, Raub semalam.

Nahas trak FRU: Lebih 60 individu akan dipanggil bantu siasatan - Polis
Bakri berkata ia termasuk anggota FRU yang berada di lokasi kemalangan serta pemilik syarikat lori membawa muatan batu yang terlibat.
[TERKINI] Kadar kelahiran Malaysia turun 11.5%, rekod terendah dalam sejarah - DOSM
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin mengulas, jumlah kelahiran hidup pada suku pertama 2025 merupakan rekod terendah pernah dicatatkan, dengan nisbah jantina bagi kelahiran hidup ialah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

19 muzium dibuka secara percuma 18 Mei ini - Aaron
Tawaran ini termasuk muzium utama seperti Muzium Negara, Muzium Automobil Nasional, Muzium Arkeologi Lembah Bujang, dan Muzium Seni Bina Malaysia.

Kadar kelahiran Malaysia turun 11.5%, rekod terendah dalam sejarah - DOSM
Mohd Uzir berkata, jumlah kelahiran hidup pada suku pertama 2025 merupakan rekod terendah pernah dicatatkan.

Pemilihan PKR kali ini 1,000 kali lebih baik - Fahmi
Pemilihan Cabang PKR yang berlangsung April lepas disifatkan jauh lebih tertib dan teratur jika dibandingkan dengan tahun-tahun terdahulu, kata Ketua Penerangan parti Datuk Fahmi Fadzil.
AWANI Ringkas: Konstabel Akmal Wafi selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Trump mahu terima jet mewah dari Qatar
Donald Trump mahu terima pesawat Boeing 747-8 bernilai RM1.88 bilion daripada keluarga diraja Qatar sebagai hadiah untuk dijadikan Air Force One sementara. Beberapa anggota Kongres Republikan bimbang potensi risiko keselamatan.