KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah bahawa Istana Negara tidak akan terlibat dalam sebarang percaturan politik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Seri Paduka juga menitahkan Anwar dan Kerajaan MADANI untuk meneruskan kerja mengurus negara.
Perkara itu antara inti pati sesi menerima menghadap Anwar untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara hari ini.
"Hari ini, seperti kelazimannya saya menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyembah maklum urusan kertas-kertas Kabinet esok dan turut mengulas beberapa perkembangan semasa.
"Saya juga menambah seandainya ada cadangan mana-mana pihak untuk menyampaikan derma sebanyak RM500 juta atau RM750 juta, ia hendaklah disalurkan terus kepada asnaf dan golongan miskin dalam negara," menurut beliau dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, terdapat pemimpin pembangkang yang mendakwa mempunyai jumlah Akuan Bersumpah (SD) mencukupi untuk menukar Kerajaan Persekutuan selain tular kenyataan kononnya Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan kepada 118 Ahli Parlimen blok itu untuk menghadap baginda bersama SD masing-masing.
Bagaimanapun, Pejabat Ketua Pembangkang pada Sabtu lepas menafikan kenyataan itu dan mengesahkan bahawa ia adalah palsu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 09 2024
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima menghadap Anwar untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara hari ini. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
‘Kes mahkamah ayah saya tidak akan selesai dalam masa terdekat’ - Nooryana
Kes mahkamah yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan selesai dalam masa terdekat.
MFLS terajui usaha membina negara bangsa dengan belia berkepimpinan
Dalam hasrat membina negara bangsa yang diterajui golongan berkempipinan tinggi, Akademi Kenegeraan Malaysia (AKM) meneruskan lagi program Malaysia Future Leaders School (MFLS) untuk tahun keenam.
Serangan buaya: Perhilitan Melaka pasang perangkap
Perhilitan Melaka akan menjalankan rondaan berkala dan memasang perangkap susulan kejadian seekor kambing milik penduduk dibaham buaya.
MAVCOM batal lesen perkhidmatan udara My Jet
MAVCOM membatalkan lesen perkhidmatan udara (ASL) My Jet Xpress Airlines Sdn Bhd (My Jet) berkuat kuasa 2 Mei 2024.
600,000 pelarian rayu perlindungan, Israel dakwa tiada krisis kemanusiaan
Tentera Zionis bukan sahaja bertindak kejam dengan mengebom bandar di selatan Gaza, Rafah, tetapi juga di bahagian utara dan tengah, yang sebelum ini diisytiharkan kawasan selamat bagi pelarian Palestin.
Tiada perancangan wajibkan pasang 'dashcam' - Loke
Tiada perancangan untuk mewajibkan pemasangan 'dashcam' atau kamera papan pemuka bagi semua kenderaan di negara ini.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Guru
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini menzahirkan ucapan selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik atas ilmu dan jasa yang dicurahkan.
Google akan guna AI lindungi telefon pengguna daripada aplikasi berbahaya
GOOGLE hari ini mengumumkan mereka akan memperluaskan lagi penggunaan ciri Play Protect pada peranti Android.
Kerosakan infrastruktur telekomunikasi: Syarikat pemaju didenda RM60,000
Syarikat Monarch Lodge Development didenda RM60,000 kerana didapati merosakkan kemudahan rangkaian milik Telekom Malaysia Bhd (TM).
[INFOGRAFIK] Statistik Guna Tenaga 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Statistik Guna Tenaga bagi tahun 2024.
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
Anwar tegaskan tidak kepada kasino kedua di Malaysia
Beliau berkata Malaysia kini menumpukan sektor transformasi digital, peralihan tenaga serta kecerdasan buatan (AI).
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Perdana Menteri terus menggunakan platform dunia untuk menyelar sikap hipokrit sesetengah kuasa besar yang bersikap selektif, dan sengaja menyebarkan fahaman tidak betul terhadap dunia Islam.
Malaysia tarik pelabur pada Forum Ekonomi Qatar
Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 yang bermula hari ini, menampilkan ramai pemimpin global, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lawatan Anwar ke Qatar berjaya jana potensi eksport bernilai RM700 juta - Tengku Zafrul
Komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan.
PM Anwar diberi sambutan rasmi sempena lawatan sulung ke Qatar
Perdana Menteri tiba di dewan pemerintahan negara Qatar itu pada 10.30 pagi waktu tempatan (3.30 petang waktu Malaysia) disambut Amir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.