awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isytihar dahulu UMNO Islam, mesej Tun M kepada Pas

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
23/06/2019
12:51 MYT
Isytihar dahulu UMNO Islam, mesej Tun M kepada Pas
DR MAHATHIR: Dahulu dia kata UMNO kafir pasal kerjasama dengan orang kafir. Sekarang ini, Pas tak kata pula UMNO itu kafir. --fotoBERNAMA
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu Pas mengisytiharkan ahli UMNO adalah Islam.
Beliau dalam nada sinis berkata sejak dahulu lagi Pas mengisytihar UMNO sebagai kafir dan kenyataan itu dilihat belum ditarik balik oleh parti Islam tersebut.
“Saya berpendapat, sebelum dia (Pas) bekerjasama dengan UMNO, dia mesti isytihar kata UMNO ini adalah orang Islam.
“Tapi sampai sekarang ini, Pas tak kata (apa-apa). Dahulu dia kata UMNO kafir pasal kerjasama dengan orang kafir. Sekarang ini, Pas tak kata pula UMNO itu kafir. Pas tak boleh. Pas kerjasama dengan UMNO, dia sendiri jadi kafir,” kata Dr Mahathir.
Muktamar Tahunan Pas kali ke-65 semalam meluluskan usul supaya pimpinan Pas Pusat dan Majlis Syura Ulama memeterai perjanjian politik dengan UMNO.
Usul itu dibentang oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama Mohd Asri Mat Daud, yang kemudiannya dipersetujui sebulat suara oleh perwakilan.
Ketika membentangkan usul itu, Mohd Asri berkata Pas tidak boleh menjalin taawun siyasi (kerjasama demi kepentingan Islam) semata-mata, sebaliknya hendaklah diikuti dengan tahaluf siyasi (muafakat politik).
Topic Berkaitan
#Islam
#kafir
#kerjasama
#Mahathir Mohamad
#Mohd Asri Mat Daud
#PAS
#perjanjian politik
#politik
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan