awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rundingan dengan AS hanya berjaya jika hak rakyat Iran dihormati - Araghchi
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jamilah akan jadi wakil rakyat yang baik - TPM

Bernama
Bernama
12/02/2017
14:35 MYT
Jamilah akan jadi wakil rakyat yang baik - TPM
TPM: Datuk Amar Jamilah Anu akan menjadi wakil rakyat yang amat baik di kawasan DUN Tanjong Datu sekiranya beliau menang pilihan raya kecil itu. - fotoBERNAMA
Calon Barisan Nasional Datuk Amar Jamilah Anu akan menjadi wakil rakyat yang amat baik untuk penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu sekiranya beliau menang pilihan raya kecil DUN itu.
Ini kerana kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, beliau mengenali secara peribadi wanita itu yang mempunyai hati yang baik selain tukang masak yang hebat.
"Beliau akan menjadi perantara terbaik rakyat dengan kerajaan. Beliau juga akan menjadi mata dan telinga kerajaan yang bagus.
"Beritahu beliau apa yang kalian perlukan dan beliau boleh sampaikan kepada saya dan saya akan hubungi Ketua Menteri anda Datuk Amar Abang Johari Tun Openg untuk tindakan lanjut," katanya pada sesi bertemu rakyat di Rumah Panjang Nek Bujur di Kampung Pueh dekat sini hari ini.
BACA: PRK Tanjong Datu: Pemilihan Jamilah bukan untuk mulakan dinasti keluarga - PM Najib
BACA: Ahli keluarga bantu kempen Jamilah, akan berkampung di Tanjong Datu
Terdahulu beliau melancarkan projek gotong-royong perdana oleh pasukan tentera di kawasan itu yang merupakan satu daripada tiga penempatan Salako Bidayuh dalam kawasan DUN tersebut.
Ahmad Zahid berkata dengan menyokong Jamilah juga rakyat menunjukkan mereka mahu wanita itu meneruskan legasi suaminya, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.
"Adenan, arwah ketua menteri anda yang juga wakil rakyat di sini, telah banyak berjasa di Tanjong Datu dan kepada penduduknya semasa hayat beliau. Namun beliau ada misi dan agenda yang belum selesai.
"Justeru tiada orang yang lebih baik daripada Jamilah untuk meneruskan misi dan agenda itu kerana beliau maklum akannya," kata Ahmad Zahid.
Katanya beliau juga yakin Abang Johari mahu memenuhi semua janji pilihan raya yang dibuat Allahyarham Adenan.
"Jika Jamilah menang, sudah pasti semua janji itu akan dilaksana," kata Ahmad Zahid.
Mengenai keselamatan negeri, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata pasukan keselamatan dan kerajaan persekutuan akan melakukan segala yang mungkin untuk melindungi Sarawak.
"Misalnya sekarang kita ada Strategi Lautan Biru yang menyaksikan pasukan tentera bekerjasama rapat dengan polis untuk menjaga ketenteraman awam. Mereka akan terus mengadakan rondaan bersama di kawasan hitam khususnya," kata beliau.
Pada majlis itu Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan RM30,000 untuk empat projek kerajaan di kampung itu dan kampung bersebelahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#BN
#Jamilah Anu
#PRK
#Sarawak
#Tanjong Datu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan