awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GV Ride raikan komuniti dengan Santa Claus, kejutan Krismas unik
Bayaran saham KPF tertunggak: Anggota desak penyelesaian segera, ancam piket besar-besaran
Nasry Asfura menang Pilihan Raya Presiden Honduras
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Jangan dengar khabar angin, saya tidak mahu terbabit' - Bung Moktar

Radhi Muslim
Radhi Muslim
26/01/2021
12:49 MYT
'Jangan dengar khabar angin, saya tidak mahu terbabit' - Bung Moktar
Menurut Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah beliau lebih cenderung untuk menyelesaikan masalah rakyat negeri itu.
BELURAN:Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan beliau tidak mahu campur tangan dalam isu desakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berundur sebagai Presiden parti.
Menurut Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah beliau lebih cenderung untuk menyelesaikan masalah rakyat negeri itu.
Tegas beliau, sebagai sebahagian daripada Kerajaan Sabah, UMNO negeri beranggapan masalah rakyat perlu didahulukan terutama ketika ditimpa musibah banjir dan pandemik COVID-19.
"Jangan dengar khabar angin. (Tugas) saya fokus untuk melihat masalah rakyatlah. Itu politik nanti kita cerita satu hari.
BACA: Ahmad Tajuddin Ketua UMNO Bahagian pertama desak Ahmad Zahid undur diri
BACA: UMNO sedang diterajui Ahmad Zahid yang lemah - Penganalisis
"Sekarang ini, kita perlu fokus dulu, tengok dulu jalan raya ini, rakyat pun menderita. Jadi, kita ketepi dulu politik," katanya selepas mengadakan meninjau keadaan jalan runtuh di Paitan, Beluran pada Selasa.
Terdahulu, Bung Moktar ditanya pendirian UMNO Sabah susulan terdapat tindakan segelintir ahli UMNO yang mendesak Ahmad Zahid meletak jawatan sebagai presiden parti.
Topic Berkaitan
#Desak Ahmad Zahid
#UMNO Sabah
#fokus bantu rakyat
#Bung Moktar Radin
#Pengerusi UMNO Sabah
#Timbalan Ketua Menteri
#politik
#Presiden UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan