awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor platform terbaik buat GHB luaskan pengaruh - Mat Sabu

Hamzah Hamid
Hamzah Hamid
07/08/2015
05:07 MYT
Johor platform terbaik buat GHB luaskan pengaruh - Mat Sabu
MAT SABU: Johor begitu berpotensi, baik untuk Pakatan Rakyat baharu bersama GHB untuk menang dalam pilihan raya akan datang kalau dibandingkan dengan negeri-negeri lain. -Gambar fail
Gerakan Harapan Baru (GHB) yakin bahawa Johor merupakan platform terbaik untuk meluaskan pengaruh dan dasar perjuangannya.
Pengerusi GHB Mohamad Sabu berkata demikian apabila diminta mengulas tentang prospek gerakan tersebut di negeri yang dianggap sebagai kubu kuat UMNO.
"Johor begitu berpotensi, baik untuk Pakatan Rakyat baharu bersama GHB untuk menang dalam pilihan raya akan datang kalau dibandingkan dengan negeri-negeri lain.
"Perubahan sikap rakyat Johor begitu ketara sekali. Ini pula ditambah dengan pergolakan politik terutamanya selepas pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin (daripada Kabinet)," kata Mohamad yang lebih mesra dikenali sebagai Mat Sabu.
Tambahnya, generasi muda Johor yang bekerja di Kuala Lumpur, Singapura dan di luar negeri mula mahukan perubahan.
Mat Sabu ditemui wartawan selepas menghadiri Jamuan Raya GHB di Taman Universiti, Johor Bahru.
Dalam majlis itu, turut diperkenalkan beberapa nama individu profesional dan tokoh ilmiah negeri bagi membantu gerakan tersebut di Johor iaitu Dr Sulaiman Mohd Nor, Dr Ali Abdul Rahman, Zainal Abidin Sidi dan Dr Mazlan Jam'an.
Acara tersebut turut dihadiri barisan jawatankuasa GHB pusat, pemimpin DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri.
Topic Berkaitan
#Gerakan Harapan Baru
#GHB
#Johor
#Mat Sabu
#Pakatan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan