IPOH: Perak bersedia untuk menjual pasir dan batu di negeri itu sekiranya ada permintaan dibuat Kerajaan Pulau Pinang bagi membangunkan projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI).
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata permohonan itu boleh dipertimbangkan sekiranya harga yang ditawarkan dapat memberi keuntungan, sekali gus menjadi sumber pendapatan baharu kerajaan negeri.
“Kita kena lihatlah keperluannya yang mana kita ada sumber (pasir dan batu) dan kita sekarang ini pun memang ada menjualnya.
“Jadi kalau ada permintaan, kalau dapat ditentukan dengan harga yang berpatutan dan boleh memberi keuntungan sebagai pendapatan baharu kepada Perak, kenapa tidak?,” katanya.
Beliau berkata dalam sidang media selepas majlis penyerahan lembu korban sumbangan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Rabu.
Media sebelum ini melaporkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor mengisytiharkan tidak akan menjual pasir dan batu kepada Pulau Pinang bagi projek tersebut kerana menyifatkan PSI hanya dilaksanakan untuk kepentingan orang kaya semata-mata.
Dalam laporan terdahulu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow memaklumkan akan meneruskan projek penambakan itu dengan pembinaan hanya satu daripada tiga pulau buatan yang dirancang di perairan Permatang Damar Laut, dekat Bayan Lepas.
Mengulas tentang majlis, Saarani berkata kerajaan negeri menerima sumbangan 400 ekor lembu korban bernilai RM2.92 juta hasil sumbangan GLC Negeri Perak bersempena dengan Hari Raya Aidiladha bulan ini.
Antara GLC yang menyumbangkannya adalah Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC), Lembaga Air Perak (LAP), Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI), Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk).
Saarani berkata bersempena dengan perayaan itu, setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), termasuklah DUN Pembangkang akan menerima lima ekor lembu korban.
Amirrul Rabbani
Wed Jun 07 2023

Saarani berucap dalam sidang media selepas majlis penyerahan lembu korban sumbangan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Rabu. - Foto Astro AWANI

Jerebu: Golongan berisiko dinasihat ambil langkah pencegahan
Mereka juga disarankan agar segera mendapatkan rawatan sekiranya mempunyai gejala sesak nafas, mengalami jangkitan selaput mata (konjunktivitis) atau serangan asma.

Tamatkan monopoli untuk tingkatkan keterjaminan bekalan beras - IDEAS
IDEAS menyeru untuk pendekatan berperingkat dalam pelaksanaan reformasi yang dilaksanakan dengan baik menjelang tahun 2031 bagi memudahkan peralihan ke pasaran terbuka dan penyahkawalseliaan import.

Badminton Sukan Asia Hangzhou: Zii Jia, Jin Wei lolos mudah ke pusingan 16
Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei, melangkah ke pusingan 16 Sukan Asia Hangzhou dalam acara perseorangan lelaki dan wanita sebentar tadi.

India tuntut Kanada panggil balik kira-kira 40 diplomat sebelum 10 Okt
Sumber lain berkata New Delhi telah mengancam untuk membatalkan kekebalan diplomatik diplomat Kanada yang kekal selepas tarikh itu.
#AWANIByte: INNOVATHON bantu inovator mengkomersialkan produk inovasi mereka
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yakin juara INNOVATHON, NACOTS dapat mengkomersilkan hasil ciptaan mereka jika dipadankan dengan pemain industri yang betul. Pendapatnya disokong Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang yang menyifatkan INNOVATHON berupaya mempercepatkan pengkomersialan sesuatu inovasi.
AWANI Ringkas: Lima rakan didakwa rompak kilang elektronik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB lulus misi keselamatan bantu Haiti tangani keganasan berkumpulan
Misi itu bukanlah operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu sendiri, tetapi penempatan tentera yang diketuai oleh Kenya dan disokong secara rasmi oleh Majlis Keselamatan.

SPRM tahan Datuk Seri disyaki kemuka tuntutan palsu RM60,000
SPRM menahan seorang bekas pengerusi sebuah koperasi bergelar Datuk Seri kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu.

China keluar amaran kuning Taufan Koinu
Taufan ke-14 pada tahun ini dijangka membawa angin kencang ke bahagian selatan dan timur negara itu.

GPS komited dengan Kerajaan Perpaduan, mahu suburkan politik berasas pembangunan - Fadillah
Ketidakstabilan politik hanya akan menjauhkan pelabur asing daripada bertapak di negara ini, sekali gus menyukarkan Kerajaan Perpaduan untuk menyuburkan kembali ekonomi negara.

Jual pasir ke Pulau Pinang: Kenapa tidak? - MB Perak
Perak bersedia untuk menjual pasir dan batu di negeri itu sekiranya ada permintaan dibuat Kerajaan Pulau Pinang bagi membangunkan projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI).