awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR laksana 99 projek baik pulih cerun libat kos RM77.3 juta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabinet Perpaduan: Azalina kembali ke hal ehwal undang-undang

Bernama
Bernama
03/12/2022
09:11 MYT
Kabinet Perpaduan: Azalina kembali ke hal ehwal undang-undang
Azalina pernah mencatatkan sejarah apabila menjadi wanita pertama yang dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan pada 2004 dan wanita pertama yang dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 2020. - Fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pengerang Barisan Nasional Datuk Seri Azalina Othman Said yang dilantik sebagai Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi mempunyai pengalaman luas sebagai anggota Kabinet dan pernah menerajui pelbagai kementerian sejak 2004.
Beliau pernah mencatatkan sejarah apabila menjadi wanita pertama yang dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan pada 2004 dan wanita pertama yang dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 2020.
Azalina, 58, memiliki Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya pada 1988 dan Sarjana Undang-Undang dari London School of Economics and Political Science, United Kingdom pada 1990.
Beliau yang diterima masuk ke Badan Peguam Malaysia pada 1989 berpengalaman mengendalikan kes-kes tuntutan sivil melibatkan isu perbankan korporat dan komersial serta rakan kongsi di syarikat guaman.
Selain pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan, Azalina pernah menjadi Menteri Pelancongan pada 2008 hingga 2009 dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dari 2015 hingga 2018.
DIARI 100 HARI KABINET KERAJAAN PERPADUAN PM ANWAR IBRAHIM
Beliau yang menyertai UMNO pada 1990 pernah mengetuai Biro Tindakan Sivil UMNO pada 2000 dan kemudiannya memainkan peranan penting dalam penubuhan sayap Puteri UMNO. Pada 2002, Azalina memenangi jawatan Ketua Puteri UMNO tanpa bertanding.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-11 pada 2004, Azalina memenangi kerusi Parlimen Pengerang di Johor tanpa bertanding dan beliau kekal menyandang kerusi tersebut untuk penggal kelima sehingga hari ini.
Beliau terpilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO pada 2018.
Kabinet Kerajaan Perpaduan | Pengumuman Kabinet Kerajaan Baharu oleh Perdana Menteri
Azalina yang aktif dalam sukan taekwando adalah pemegang tali pinggang hitam dalam seni mempertahankan diri itu dan pernah menerima Anugerah Kehormat Tali Pinggang Hitam (dan kesembilan) pada 2016.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azalina Othman Said
#PRU15
#Kabinet Perpaduan
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan