KUCHING: Kabinet Sarawak yang diumumkan baru-baru ini bukanlah bersifat statik yang tidak boleh diubah, kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Openg.
Abang Johari berkata beliau bersedia melakukan sebarang perubahan kepada barisan Kabinet negeri itu mengikut keperluan serta keadaan semasa.
"Sudah tentu Kabinet ini tidak statik, ia akan berubah dari semasa ke semasa mengikut keadaan tertentu.
"Kami akan menyelaraskan semula (Kabinet) dengan apa yang harus kami laksanakan (pada masa itu) tetapi apa yang penting kami kena laksanakan janji," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis malam apresiasi petugas Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) di sini, malam tadi.
Pada 30 Dis lalu, Abang Johari mengumumkan senarai Kabinet baharu negeri Sarawak yang terdiri daripada 10 Menteri dan 26 Menteri Muda.
Mengulas lanjut, Abang Johari berkata pemilihan barisan Kabinet itu dibuatnya selepas mengambil kira pelbagai perkara termasuk faktor komposisi parti dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS), kawasan serta etnik.
"Kami ada 34 perkara dalam manifesto pilihan raya GPS yang harus kami laksanakan. Sebab itu dalam menubuhkan Kabinet ini, kami juga ambil kira bagaimana kami boleh sama-sama tunaikan janji ini," katanya.
GPS yang diterajui Abang Johari memenangi 76 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya negeri Sarawak 18 Dis lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 05 2022

Abang Johari (tengah) bersama barisan para pemimpin parti komponen GPS memotong pulut kuning sempena Malam Apresiasi Petugas Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching, malam tadi. -- fotoBERNAMA

Jualan kenderaan UMW Holdings merosot kepada 32,600 unit pada April
Pada April, momentum jualan yang kukuh berterusan apabila UMW Toyota Motor mencatatkan jualan yang bertambah baik.

HLIB : Harga minyak tinggi dijangka kekal dalam tempoh lebih lama
Di sebalik ikrar meningkatkan pengeluaran minyak yang sederhana April lalu, pengeluaran sebenar secara konsisten tidak menepati jangkaan.

WEF 2022 Davos: 'Beri penekanan terhadap usaha pemulihan global'
Pandemik COVID-19 telah mencipta barah kepada pelbagai krisis yang memberi implikasi besar terhadap sistem sokongan global.

Sektor animasi negara mampu tembusi pasaran antarabangsa - MDEC
Produk animasi tempatan seperti Upin & Ipin sudah mula mendapat tempat di pasaran luar malah menerima sambutan luar biasa.

Sukan SEA Hanoi: Skuad boling lelaki, wanita ungguli hari pertama
Pasukan wanita yang diwakili Nur Syazwani Sahar, Nerosha Keligit, Nora Lyana Nastasia Kamal dan Gillian Lim menjatuhkan 2,506 pin.

Musim kering: Rizab telaga air bawah tanah negara mencukupi - Nadma
berdasarkan data JMG, terdapat 5,563 telaga tiub di seluruh negara untuk menghadapi kesan peralihan cuaca itu.

Darurat: Bersih, Majlis Peguam gagal rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, dalam penghakiman melalui e-mel, berkata kesemua persoalan itu boleh diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Serba Dinamik, anak syarikat kenal pasti aset untuk dijual selesaikan liabiliti
Syarikat itu menjelaskan ia akan memerlukan mesyuarat yang diarahkan mahkamah dengan pemiutangnya.

COVID-19 | Unit perubatan tentera dikerah serata Pyongyang
Pasukan perubatan ketenteraan Korea Utara dikerah ke serata Pyongyang dalam menangani penularan COVID-19 yang semakin memburuk. Langkah ini menyusul selepas arahan yang dibuat Presidennya, Kim Jong Un yang mengerah anggota tenteranya, selepas ibu negara itu mencatatkan jumlah COVID-19 yang tinggi sejak minggu lalu.

COVID-19 Shanghai | Selepas 6 minggu, penduduk dibenar keluar rumah
Kebanyakan penduduk di bandar Shanghai mula menikmati kelonggaran untuk keluar dari kediaman masing-masing ketika hab kewangan China itu melonggarkan sekatan secara beransur-ansur. Satu rakaman video dikongsikan media tempatan menunjukkan, salah sebuah kejiranan mula memperlihatkan orang ramai berjalan di sekitar kawasan kediaman selepas lebih enam minggu menjalani perintah berkurung.

Singapura bakal buka hospital di Sarawak, perkasa industri pelancongan perubatan
Selain tukaran mata wang yang rendah, Singapura turut menilai impak jangka panjang kepada industri pelancongan kesihatannya.

Negeri maju berpendapatan tinggi: Kerja keras perlu untuk capai sasaran pertumbuhan - Abang Jo
Bagi mencapai sasaran, Sarawak perlu gandakan saiz ekonominya daripada RM136 bilion pada 2019 kepada RM282 bilion menjelang 2030.

Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo
Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.

Kabinet Sarawak tidak statik, boleh berubah ikut keadaan - Abang Jo
Abang Johari sedia melakukan sebarang perubahan kepada barisan Kabinet negeri itu mengikut keperluan serta keadaan semasa.

PRN Sarawak: Abang Johari selesai buang undi, lokasi mengundi 'meriah' dengan VIP
Ketua Menteri Sarawak selesai membuang undi sekitar pukul 10.05 pagi, sementara Juma'ani sekitar pukul 10.14 pagi.

Sarawak peroleh manfaat jika Datuk Bandar Wee ada dalam DUN - Abang Jo
Katanya, Wee adalah seorang Datuk Bandar berpengalaman dengan banyak idea bernas yang mampu membawa lebih banyak kebaikan.

PRN Sarawak: Pindah ke DUN Gedong, Abang Jo mahu berbakti di luar bandar
Abang Johari akan menggantikan penyandang, Datuk Mohd Naroden Majais, yang sebelum ini mengumumkan untuk mengundurkan diri.

Budaya toleransi Sarawak perlu dipertahankan - Abang Johari
Budaya toleransi dihayati oleh NGO di Sarawak yang sentiasa bersedia membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira latar belakang.

Sibu bakal capai status bandar raya menjelang 2031 - Abang Johari
Beberapa projek besar dalam perancangan untuk mencapai wawasan itu, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Openg.

Abang Johari harap Kerajaan Persekutuan terus hormati hak, keistimewaan Sarawak
Abang Johari harap Kerajaan Persekutuan terus prihatin supaya mana-mana hak rakyat Sarawak yang sudah terhakis di bawah MA63 dikembalikan.