awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kalau benar KJ ada 'magnet', tubuh parti baharu - Puad

Sinar Harian
Sinar Harian
07/02/2023
00:45 MYT
Kalau benar KJ ada 'magnet', tubuh parti baharu - Puad
Hantaran Puad di Facebooknya pada Isnin.
SHAH ALAM: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar boleh menubuhkan parti baharu sekiranya benar mempunyai 'magnet' atau daya tarikan bagi menarik sokongan orang muda.
Katanya, ia bagi melihat adakah ramai orang muda akan mengikut Khairy sekiranya beliau menubuhkan parti.
"(Datuk Seri) Ismail Sabri (Yaakob) kata, Khairy ada 'magnet'. UMNO rugi kerana buang 'magnet' untuk tarik orang muda. Masa Khairy jadi ketua Pemuda, ramaikah anak muda ditarik oleh 'magnet' Khairy untuk sokong UMNO?
"Mungkin anak muda sokong Khairy tetapi bukan pada UMNO. Khairy tidak merayu pemecatannya. Apa salahnya Khairy tubuh parti baru. Kita tengok apakah anak muda akan berduyun masuk ikut 'magnet' Khairy," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Isnin.
Ismail Sabri sebelum ini dilapor berkata, tindakan UMNO yang dilihat menafikan perbezaan pendapat diutarakan pemimpin muda hanya merugikan parti itu.
Naib Presiden UMNO itu menyifatkan pemecatan Khairy dan penggantungan bekas Ketua Penerangan, Shahril Hamdan seperti menghapuskan 'magnet' yang menarik sokongan orang muda.
Dalam pada itu, Puad berkata, sekiranya Khairy tidak seberani Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk menubuhkan parti baharu, beliau boleh menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau Pas.
"Khairy boleh buktikan 'magnet' dia ok. Jangan pula jadi penumpang kepada parti itu.
"Ismail Sabri silap. Patut dia cadang pada MKT supaya Khairy ganti dia sebagai 'poster boy' di PRU15 lalu. Alasannya dia tidak ada 'magnet'. Khairy ada 'magnet'. Ruginya UMNO kalau betul," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohd Puad Zarkashi
#Khairy Jamaluddin
#UMNO
#parti baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan