awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keahlian PKR kini cecah lebih satu juta - Setiausaha Agung

Bernama
Bernama
25/11/2023
14:19 MYT
Keahlian PKR kini cecah lebih satu juta - Setiausaha Agung
Jumlah keahlian terkini Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah seramai 1,136,683 orang, kata Setiausaha Agung Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. - Foto FB Saifuddin Nasution Ismail
PUTRAJAYA: Jumlah keahlian terkini Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah seramai 1,136,683 orang, kata Setiausaha Agung Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata daripada 222 cabang berdaftar di seluruh negara, Cabang Kapar di Selangor menjadi cabang yang memiliki jumlah keanggotaan tertinggi iaitu seramai 27,000 ahli.
"Ia diikuti Kuala Langat dengan seramai 24,392 ahli, Kota Raja (23,762) dan Hulu Selangor (22,731).
"Yang kelima teratas adalah Cabang Sungai Buloh iaitu seramai 22,395 ahli. Syabas kita ucapkan," katanya dalam ucapan aluan pada Kongres Nasional Tahunan Keadilan ke-17 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam ini.
Kongres berkenaan akan dirasmikan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Perdana Menteri malam ini dan ia turut dihadiri pemimpin utama parti-parti gabungan Kerajaan Perpaduan serta 46 perwakilan kedutaan asing selain dihadiri 2,374 perwakilan dan 1,500 pemerhati.
Kongres yang mengangkat tema "Memaknai Reformasi, Menjulang MADANI" itu berlangsung hari ini dan esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keahlian PKR
#Parti Keadilan Rakyat
#satu juta
#Saifuddin Nasution Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan