awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kegagalan kerajaan PH laksana janji 100 hari sudah dijangka - Mohamed Khaled

Bernama
Bernama
02/06/2018
10:56 MYT
Kegagalan kerajaan PH laksana janji 100 hari sudah dijangka - Mohamed Khaled
MOHAMED KHALED: Faktor hutang negara yang tinggi penyebab PH tidak mampu laksanakan semua janji 100 harinya sebagai alasan semata-mata. - BERNAMA/Fail
Barisan Nasional (BN) Johor sudah menjangkakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan mampu melaksanakan janji manifeso dalam 100 hari kerana semua janji tersebut tidak boleh dilaksanakan, kata Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau juga menyifatkan faktor hutang negara yang tinggi sebagai penyebab PH tidak mampu laksanakan semua janji 100 harinya sebagai alasan semata-mata.
"Contohnya, penghapusan Cukai Barang dan Perkhidmatan tanpa ada ganti, kini mereka (kerajaan) ada masalah (sumber pendapatan)," katanya kepada pemberita selepas perasmian mesyuarat UMNO Cawangan Desa Perwira, di sini hari ini.
Mengulas perkembangan lain, Mohamed Khaled yang juga Pengerusi UMNO Johor menegaskan operasi parti itu masih berjalan dengan baik di semua peringkat cawangan dan bahagian.
Beliau turut menafikan berlaku pemimpin dan anggota UMNO keluar parti beramai-ramai namun mengakui terdapat anggota bertindak keluar UMNO semata-mata kerana mengikut parti yang membentuk kerajaan.
Mohamed Khaled juga berkata UMNO Johor sedang menjalankan pemutihan anggotanya.
Mengenai gesaan veteran UMNO agar semua pengerusi UMNO negeri meletak jawatan, beliau berkata gesaan tersebut tidak masuk akal kerana jika semua pemimpin UMNO meletak jawatan maka parti tersebut tidak akan dapat bergerak.
"Kalau semua sekali letak jawatan, akhirnya macam mana parti hendak gerak," katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#BN Johor
#GST
#Khaled Nordin
#Pakatan Harapan
#UMNO Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan