awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kehadiran Tun Mahathir di PD tenggelamkan 'bisikan' negatif - Anwar

Astro Awani
Astro Awani
09/10/2018
06:17 MYT
Kehadiran Tun Mahathir di PD tenggelamkan 'bisikan' negatif - Anwar
Menurut Anwar, bersama semula sepentas selepas lebih 20 tahun, ia membawa mesej jelas kepada rakyat mengenai apa yang diutamakan oleh PH. - fotoBERNAMA
Calon Pakatan Harapan PRK Port Dickson yang juga bakal Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ceramah mega bersejarah pada Isnin bakal menenggelamkan persepsi negatif yang menyelubungi dinamik hubungannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut Anwar, bersama semula sepentas selepas lebih 20 tahun, ia membawa mesej jelas kepada rakyat mengenai apa yang diutamakan oleh PH.
“Apa yang diutamakan ialah usaha membela nasib rakyat, yang diutamakan ialah pemulihan ekonomi negara, yang diutamakan ialah kestabilan politik yang perlu kekuatan semua.
“Ini bukan sahaja soal Tun Mahathir dan saya, tetapi seluruh pimpinan PH dan dokongan rakyat pelbagai kaum,” jelas Anwar dalam rakaman bual bicara mingguan eksklusif, AI.
Antara sedutan bual bicara Anwar bersama Pengarang Kanan Astro AWANI, Ashwad Ismail.
Ashwad: Gabungan mantap Mahathir-Anwar. Tetapi Datuk Seri sendiri tahu yang ini bukan sahaja cerita PD. Ini adalah satu gambaran serta agenda lebih besar.
Anwar: Ya,Tun Mahathir jelaskan benda yang sama iaitu kehadiran beliau menunjukkan kompak muafakat dan perpaduan pimpinan PH yang dengan sendirinya akan menenggelamkan segala bisikan negatif yang terus menerus ada. Saya tentunya menyambut baik, dan ini agak sesuatu yang luar biasa. Pertemuan kami di atas pentas yang sama selepas 20 tahun.
Ashwad: Apa yang Datuk Seri harapkan di sebalik penampilan citra ini?
Anwar: Ia memberikan mesej jelas kepada rakyat bahawa yang diutamakan ialah usaha membela nasib rakyat, yang diutamakan ialah pemulihan ekonomi negara, yang diutamakan ialah kestabilan politik yang perlu kekuatan semua. Bukan sahaja soal Tun Mahathir dan saya, tetapi seluruh pimpinan PH dan dokongan rakyat pelbagai kaum"
AI bersiaran setiap Khamis pada jam 8.30 malam.
Topic Berkaitan
#AI
#Anwar Ibrahim
#Ashwad Ismail
#Ceramah Mahathir Anwar
#ekonomi
#Gandingan Mantap Mahathir Anwar
#Isu Terkini
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#Parti Keadilan Rakyat
#perpaduan
#pilihan raya kecil
#Pilihan Raya Kecil P132
#politik
#Port Dickson
#PRK
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan