SHAH ALAM: Tindakan kepimpinan parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Sabah keluar daripada parti itu disifatkan sebagai keputusan yang tepat, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut beliau, meskipun sukar, ia perlu dilakukan demi kepentingan masa depan Negeri di Bawah Bayu itu.
"Keputusan yang tepat diambil oleh pemimpin-pemimpin Sabah.
"Keputusan yang sukar namun tetap dilakukan demi masa depan negeri dan kepentingan rakyat Sabah," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.
BACA: Hajiji dan kepimpinan Bersatu Sabah tinggalkan Bersatu, akan tubuh parti tempatan baharu
Sinar Harian sebelum ini melaporkan tentang keputusan kepimpinan Bersatu di Sabah untuk keluar daripada parti itu.
Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor selepas mengambil pertimbangan keadaan landskap politik negara ketika ini.
Beliau yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, keputusan sebulat suara itu adalah demi kepentingan Sabah, perpaduan dan memenuhi hasrat serta aspirasi rakyat untuk terus berjuang di bawah naungan sebuah parti tempatan.
Ujarnya, tindakan kepimpinan Bersatu Sabah meninggalkan Bersatu adalah atas dasar bahawa ia tidak lagi boleh dipertahankan untuk kekal sebagai status quo.
Jelas beliau, ini kerana di peringkat Persekutuan, Bersatu adalah pembangkang manakala GRS telah berikrar menyokong Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Susulan itu, beliau berkata, sebuah parti tempatan baharu akan ditubuhkan namun secara kolektif mereka adalah sebagai ahli GRS. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 10 2022
Menurut Ahmad Zahid, meskipun sukar, ia perlu dilakukan demi kepentingan masa depan Negeri di Bawah Bayu itu. - Fail/Astro AWANI
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Status empat ahli Parlimen Sabah keluar Bersatu masih kekal, kedudukan diumum selepas 21 hari - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul hari ini berkata status empat Ahli Parlimen Sabah yang keluar daripada Bersatu setakat ini kekal dan belum ada kekosongan kerusi mereka.
Permuafakatan: Tindakan Hajiji tandatangani perjanjian persefahaman tidak sah - Ronald Kiandee
Tindakan Pengerusi GRS menandatangani perjanjian persefahaman gabungan parti politik disifatkan tidak sah dan tidak mewakili aspirasi Bersatu melalui GRS.
Keluar parti: Empat ahli Parlimen tidak terkesan dengan Akta Anti-Lompat Parti - Masidi
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yakin empat ahli Parlimen gabungan itu tidak terjejas dengan Akta Anti Lompat Parti.
Keluar Bersatu: Azalina tunggu laporan AG mengenai empat ahli Parlimen Sabah
Azalina Othman menunggu laporan rasmi dan pandangan perundangan dari pejabat Peguam Negara (AG), berhubung kedudukan empat ahli Parlimen dari parti Bersatu yang bertanding atas tiket GRS.
ADUN Bersatu Sabah keluar parti: Apa yang kita tahu setakat ini
Banyak spekulasi timbul mengenai mesej itu, termasuk perubahan pucuk pimpinan Kerajaan Negeri Sabah yang ditadbir GRS-BN.
Keluar Bersatu: Ini sebabnya empat ahli Parlimen GRS tidak akan hilang kerusi - Peguam
Empat ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak melanggar Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.
Keluar Bersatu: Pemimpin Sabah ambil keputusan tepat - Ahmad Zahid
Tindakan kepimpinan parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Sabah keluar daripada parti itu disifatkan sebagai keputusan yang tepat.
PRU15: Syed Sobri letak jawatan Ketua Bahagian Padang Terap, umum keluar Bersatu
Ketua Bahagian Bersatu Padang Terap, Datuk Syed Sobri Syed Hashim mengumumkan bahawa beliau meletakkan jawatan serta keluar dari parti itu serta-merta.
Mustahil saya, Azmin keluar Bersatu - Mohd Rashid
Mohd Rashid menyifatkan dakwaan dirinya dan Azmin akan keluar Bersatu sebagai mustahil dan usaha untuk melemahkan parti.
PRN Johor: Mohd Izhar umum keluar Bersatu, wakil rakyat kedua selepas Mazlan Bujang
Muhyiddin tidak berusaha untuk memulihkan perpecahan Bersatu selepas berpisah dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, dakwa Mohd Izhar Ahmad.