KOTA KINABALU: Keputusan pelantikan pengerusi baharu Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah akan dibuat serentak bersama beberapa negeri lain, kata Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kota Belud, Datuk Mustapha Sakmud.
Beliau berkata, semua pihak diminta bersabar untuk menunggu keputusan daripada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu.
"Kalau boleh kita tunggulah keputusan yang akan dibuat oleh Presiden parti, beliau memang menjanjikan jadi diminta dapat bersabar dan keputusan akan dibuat bersama dengan beberapa negeri yang juga akan bertukar pengerusinya.
"Presiden sedang merangka untuk melawat beberapa negeri lagi jadi beliau mahu buat serentak. Jadi kita tunggu saja sementara ada banyak isu lain yang perlu kita selesaikan di peringkat negeri atau negara," katanya kepada pemberita pada majlis makan malam bersama pengamal media Sabah di Restoran Tanjung Seafood Tanjung Aru pada Jumaat malam.
Ditanya sama ada beliau antara yang disenaraikan sebagai calon pengerusi baharu, Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi secara berseloroh berharap namanya antara dikemukakan untuk menerajui MPN Sabah.
"Itu kena tanya Perdana Menteri, dia kata ada 12 nama jadi saya pun harap-harap ada nama saya terselit," katanya berseloroh.
Mustapha sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk mengalas tanggungjawab sebagai Pengerusi MPN susulan berlakunya kemelut dalam pimpinan parti itu di Sabah.
Pengerusinya, Datuk Sangkar Rasam diminta untuk melepaskan jawatannya selepas 15 ketua cabang PKR menolak kepimpinan beliau menerajui PKR Sabah. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 04 2024
Mustapha Ketika ditemui pemberita pada majlis makan malam bersama pengamal media Sabah di Kota Kinabalu.
Bayi lelaki berusia seminggu ditemukan di kedai jual ayam
Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemukan di sebuah kedai menjual ayam proses di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, dekat sini awal pagi tadi.
KPKT salur RM83.66 juta bagi 17 projek di Melaka
Peruntukan bagi kategori bina baharu dan projek sambungan itu yang terbesar dalam sejarah negeri Melaka dengan nilai terbesar disalurkan untuk pembinaan baharu projek Program Rumah Mesra Rakyat (RMR).
Imigresen gagalkan sindiket penyeludupan manusia di ibu negara
Pasukan operasi diatur gerak ke premis itu dan bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek di lot parkir.
AWANI Ringkas: Polis tahan dua lelaki cuba masuk Istana, rampas parang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Grand Theft Auto 6 akan tiba pada musim luruh 2025
Ini masih bukan tarikh muktamad kerana musim luruh tiba sekitar penghujung September hingga awal November. Sungguhpun begitu kita kini mempunyai sasaran bilakan GTA 6 akan dilancarkan. Seb
[TERKINI] Ahli Parlimen Bukit Gantang tidak akan jawab surat Bersatu
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan menjawab surat arahan yang dihantar Bersatu.
Negara mempunyai pengalaman kendali pemahaman ekstremis
Justeru demi menangani isu ini dengan lebih baik pada masa mendatang, Felo Bersekutu, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT) The Hague, Dr Ahmad El Muhammady berpandangan suatu sistem amaran perlu diwujudkan lebih awal.
Ahli silap mata David Copperfield dituduh beri dadah, perkosa 16 wanita
Tiga daripada mangsa mendakwa telah diberi dadah sebelum melakukan hubungan seks.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq jadi tumpuan
Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, di Taman Seri Mahkota Jaya, Gambang menjadi tumpuan orang ramai.
AWANI Ringkas: Faisal Halim akan jalani pembedahan keempat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kemelut PKR Sabah: Tunggu Anwar umum Pengerusi MPN
Semua pihak diminta bersabar untuk menunggu keputusan daripada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu.
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Sangkar Rasam dilantik Pengerusi MPN Sabah
Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Keningau, Datuk Sangkar Rasam dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah yang baharu
PKR Sabah sokong Anwar selesai kemelut parti
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah meminta agar pimpinan parti tidak mengeluarkan kenyataan yang semakin menjejaskan keharmonian parti.