awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bersatu berdepan cabaran sokongan PN dan legitimasi MB Perlis - Penganalisis
Pekerja kedai rugi lebih RM20,000 akibat kerja tidak wujud
PLUS catat sekitar 2 juta kenderaan di lebuh raya pada Ahad, ramal peningkatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemelut politik Melaka tidak akan berulang di Perak - Menteri Besar

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
05/10/2021
04:16 MYT
Kemelut politik Melaka tidak akan berulang di Perak - Menteri Besar
Saarani enggan mengulas dakwaan kononnya punca kemelut itu disebabkan 'ada dua singa di atas satu gunung'. - Astro AWANI
IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berharap kemelut yang berlaku di Melaka tidak akan berulang di Perak.
Bagaimanapun, beliau mengakui tidak pasti apa sebenarnya telah berlaku dan punca kemelut itu.
Menurutnya, jika mengikut perkiraan, kerajaan negeri Melaka telah jatuh dan terpulang kepada Gabenor Melaka untuk membuat keputusan.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas dakwaan kononnya punca kemelut itu disebabkan 'ada dua singa di atas satu gunung'.
"Saya tidak boleh komen yang itu, siapa singa siapa harimau saya tidak pasti. Apabila seseorang itu mahu membuat satu keputusan, dia akan cari pelbagai alasan untuk 'menghalalkan' perbuatan dia.
"Tetapi apa yang berlaku di Melaka itu tidak akan berlaku di Perak mungkin, insyaAllah tidak. Negeri Perak insyaAllah stabil dan kita akan beri perhatian untuk membuat persiapan bagi membentang bajet negeri," katanya.
Beliau ditemui selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Remaja di Sekolah Izzuddin Shah, di Ipoh, pada Selasa.
Untuk rekod, di Perak pernah berlaku beberapa kali pertukaran kerajaan dan Menteri Besar sejak tahun 2008.
Yang terbaharu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terpaksa melepaskan jawatan Menteri Besar selepas gagal mendapat sokongan majoriti dalam usul undi percaya terhadap beliau ketika Sidang Dewan Undangan Negeri Perak pada Disember tahun lalu.
Pada Isnin, empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka mengumumkan hilang kepercayaan dengan kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
BACA: Lebih 2 'singa' di Melaka, perpecahan dalaman UMNO jadi punca
BACA: Kerajaan Melaka tumbang: PH Melaka akan menghadap TYT, belum bincang calon Ketua Menteri
Empat ADUN itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas - Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas).
Topic Berkaitan
#kemelut politik
#Melaka
#Saarani Mohamad
#Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan