awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, beberapa mata wang utama lain
DUNIA
Iran kecam AS-Israel, tegaskan hak terhadap program nuklear damai
DUNIA
Amerika Syarikat adakan rundingan damai dengan Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

POLITIK

Kemenangan Syed Saddiq kemenangan untuk rakyat - MUDA

Sinar Harian
Sinar Harian
25/06/2025
05:15 MYT
Sponsor Banner
Kemenangan Syed Saddiq kemenangan untuk rakyat - MUDA
“Terima kasih, Malaysia,” menurut kenyataan parti MUDA menerusi hantaran di Facebook pada Rabu. - FB MUDA
SHAH ALAM: Kemenangan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam rayuan terhadap sabitan dan hukuman pertuduhan merupakan pencetus kepada gelombang perjuangan menentang ketidakadilan dan dorongan untuk terus berkhidmat demi negara.

Ringkasan AI
  • Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan daripada empat pertuduhan berkaitan dana Armada, termasuk pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.
  • Parti MUDA menyifatkan kemenangan ini sebagai kejayaan rakyat, terutamanya warga Muar, dan sebagai lonjakan semangat untuk meneruskan perjuangan menentang ketidakadilan.
  • Muda menegaskan bahawa ini bukan penamat perjuangan, tetapi titik permulaan baru untuk berkhidmat demi negara dengan lebih gigih.

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) berkata, kemenangan itu juga merupakan kejayaan untuk rakyat Malaysia, khususnya warga Muar.
“Ini bukan pengakhiran perjuangan. Sokongan dan doa anda selama ini telah memberi Syed Saddiq semangat untuk terus menempuh dugaan yang dihadapi tanpa lesu.
“Terima kasih, Malaysia,” menurut kenyataan parti itu menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.
Sebelum ini, Mahkamah Rayuan pada Rabu melepaskan dan membebaskan beliau daripada sabitan dan hukuman atas empat pertuduhan berkaitan penyelewengan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) tujuh tahun lalu.
Ia membabitkan satu kes subahat pecah amanah melibatkan dana berjumlah RM1 juta, satu pertuduhan salah guna harta sebanyak RM120,000 serta dua pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA), masing-masing berjumlah RM50,000. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#dana armada
#Parti MUDA
#pengubahan wang haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami