awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan kes 1MDB: Reformasi institusi perlu diteruskan - Gobind
MySTEP: Inisiatif wajar, Kerajaan MADANI cakna golongan sasar
Gaza perlukan 200,000 unit rumah pasang siap penuhi keperluan kemanusiaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenyataan Ahmad Fadhli cetus persoalan, Akmal Saleh pula beri bayangan

Astro Awani
Astro Awani
28/12/2025
11:17 MYT
Kenyataan Ahmad Fadhli cetus persoalan, Akmal Saleh pula beri bayangan
Ahmad Fadhli Shaari dan Dr Akmal Saleh mengeluarkan satu kenyataan di laman Facebook milik masing-masing pada Ahad yang menimbulkan pelbagai tanda tanya.
PUTRAJAYA: Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mengeluarkan satu kenyataan di laman Facebook miliknya yang menimbulkan pelbagai tanda tanya pada Ahad.
Kenyataan itu dibuat Ahmad Fadhli sejurus Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis baharu di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada 4.04 petang, Ahad.
"Kawan makan kawan. Bermaksud kawan sudah memilih menjadi lawan," ujar Ahmad Fadhli.
Bagaimanapun, Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas itu tidak menambah sebarang penjelasan lanjut atau memetik mana-mana laporan terkini berhubung kenyataannya.
Sebelum ini, pada Rabu lepas, Ahmad Fadhli mendakwa terdapat pihak tertentu menyerahkan nama kepada Istana Perlis, selain mengemukakan akuan bersumpah menarik sokongan kepada bekas Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.
Dakwanya lagi, kedudukan pihak berkenaan hanya sebagai parti minoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN), merujuk kepada Bersatu yang menyandang lima kerusi di Perlis dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Selain itu, Ahmad Fadhli menyeru tindakan tegas Bersatu terhadap ahli DUN yang menarik sokongan kepada bekas Menteri Besar Perlis, jika gagal, ia menimbulkan keraguan terhadap kesediaan parti untuk meneruskan kerjasama dalam gabungan Perikatan Nasional.
Manakala pada Khamis lalu, Speaker DUN Perlis, Rus'sele Eizan mengumumkan kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN Chuping (Saad Seman), DUN Bintong (Fakhrul Anwar Ismail) dan DUN Guar Sanji (Mohd Ridzuan Hashim).
Seterusnya pada hari sama, Mohd Shukri Ramli meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perlis secara sukarela atas faktor kesihatan.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh turut memuat naik satu hantaran ringkas di laman Facebook miliknya pada petang Ahad.
“Kawan makan kawan. Kawan jadi lawan.
“Tetapi InsyaAllah kita boleh usahakan lawan jadi kawan, Fadhli Shaari,” kata beliau.
Meskipun tidak menyatakan secara terperinci atau menamakan mana-mana pihak, netizen memahami bayangan merujuk kepada ketegangan hubungan Pas dan Bersatu serta cadangan untuk mewujudkan semula Muafakat Nasional (MN)
Khamis lalu, Akmal mencadangkan MN dihidupkan semula susulan krisis politik di Perlis menyaksikan lapan ADUN PN termasuk lima dari Bersatu menarik balik sokongan terhadap Shukri Ramli dari Pas sebagai Menteri Besar.
Topic Berkaitan
#kemelut politik Perlis
#Abu Bakar Hamzah
#Menteri Besar Perlis
#Ahmad Fadhli Shaari
#Bersatu
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan