awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenyataan Dr Ling terhadap Najib bersifat peribadi - MCA

Bernama
Bernama
04/10/2015
14:58 MYT
Kenyataan Dr Ling terhadap Najib bersifat peribadi - MCA
Dr Ling (gambar) mempunyai hak untuk menyatakan pandangannya walaupun jelas parti kaum Cina itu menyokong penuh kepimpinan Najib, kata Ka Chuan. -Gambar fail
Kenyataan bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik menyokong gesaan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri merupakan pandangan peribadi beliau dan bukan pendirian parti.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata sebagai negara demokrasi, Dr Ling mempunyai hak untuk menyatakan pandangannya walaupun jelas parti kaum Cina itu menyokong penuh kepimpinan Najib.
Menurutnya walaupun MCA menghormati Dr Ling sebagai bekas pemimpin parti namun kenyataan beliau bukan mewakili parti itu.
"Mungkin pandangan beliau itu sedikit sebanyak akan mempengaruhi anggota parti dan kita perlu menangani perkara tersebut kerana ini bukan hanya mengenai MCA tetapi perpaduan Malaysia secara keseluruhannya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Senaman Tai Chi kali ke-23 di Sekolah Menengah Shen Jai, di sini hari ini.
Ong, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, diminta mengulas kenyataan Dr Ling yang mengaku menyokong saranan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Najib meletak jawatan.
Dalam pada itu, Ong mengingatkan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) dan mereka yang mempunyai jawatan dalam kerajaan agar tidak mengeluarkan kenyataan kontroversi atau berbaur provokasi yang boleh menimbulkan kemarahan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Beliau berkata perbezaan pendapat dalam kalangan pemimpin BN tidak seharusnya dilakukan secara terbuka dan sesuatu isu yang berbangkit perlu diadakan perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian.
"Apabila kita tersilap mengeluarkan kenyataan, adalah lebih baik memohon maaf dan mengaku apa yang telah dilakukan. Jika kita mahu BN kekal sebagai parti pemerintah, ini tidak harus berlaku," katanya.
Katanya keadaan sedemikian, jika berlarutan, akan menjejas keyakinan dan sokongan rakyat terhadap BN.
Topic Berkaitan
#Ling Liong Sik
#MCA
#najib
#Ong Ka Chuan
#pendangan peribadi
#Perpaduan Malaysia
#rasis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan