awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Malaysia intai laluan terus Riyadh, perluas pasaran pelancong Asia Barat
Anggota bomba cedera dihempap gerai burger
Kebakaran tanah gambut: Unit udara JBPM dijangka mulakan kaedah pengeboman air hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenyataan Presiden tidak menggambarkan keputusan MKT UMNO - Annuar Musa

Astro Awani
Astro Awani
08/07/2021
05:07 MYT
Kenyataan Presiden tidak menggambarkan keputusan MKT UMNO - Annuar Musa
Annuar mendakwa kenyataan dikeluarkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tengah malam semalam tidak menggambarkan keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mendakwa kenyataan dikeluarkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tengah malam tadi tidak menggambarkan keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti.
Menurutnya, beliau mendapat maklumat itu dari beberapa ahli MKT yang menghubunginya sebaik Ahmad Zahid selesai mengeluarkan kenyataan media.
Bahkan, beliau berkata, tinjauan lanjut mendapati kenyataan yang dibacakan kepada media itu adalah kenyataan yang telah disiapkan lebih awal malah sebelum MKT bermesyuarat.
“Jika benar, ternyata sekali lagi MKT di permainkan, dan ini amat serius. Pagi ini, apabila saya menjenguk WhatsApp Group Ketua UMNO Bahagian (KUB), ramai yang mengeluh dan dalam kekeliruan dengan kenyataan media Presiden UMNO.
“Terdapat juga KUB yang juga ahli MKT mengesahkan kenyataan Presiden tidak menggambarkan intipati dan rumusan mesyuarat MKT. Mengapakah ini terus terjadi berkali kali?
Sumber Facebook tansri.annuarmusa
“Lain dibincang, lain pula dirumuskan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook beliau pada Khamis.
BACA: [LAPOR LANGSUNG]: Politik Malaysia pasca Mesyuarat MKT UMNO
[TERKINI] Sidang media Presiden UMNO
Justeru, beliau berpendapat Presiden wajib menjelaskan dakwaan itu dan segera mengeluarkan kenyataan sebenar.
Tambahnya lagi, dalam mesyuarat tersebut, banyak pendapat berbeza disuarakan namun berlaku dalam suasana yang tenang.
“Tiada undian dibuat. Malah perbincangan tidak berkisar pada sama ada UMNO perlu keluar dari Kerajaan Perikatan Nasional (PN), seperti yang dimomokkan sebelum ini, termasuk pendirian yang dipohon dari pertemuan secara berasingan dengan ahli MKT,” ujarnya.
BACA: UMNO desak Muhyiddin berundur, namun tidak sokong Anwar jadi PM baharu
Astro AWANI sebelum ini melaporkan UMNO menuntut Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur daripada jawatan Perdana Menteri, namun menegaskan tidak akan menyokong usaha menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baharu.
Ahmad Zahid berkata, desakan terhadap Muhyiddin dibuat kerana beliau didakwa gagal memenuhi mandat sebulat suara perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) dan tujuh aspirasi rakyat yang digariskan.
Analisis Politik | Penarikan diri UMNO sokong Perdana Menteri
Susulan itu, beliau berkata, MKT UMNO membuat keputusan bahawa tempoh memberikan sokongan kepada Perdana Menteri ditarik balik dan ditamatkan serta-merta.
Beliau berkata, MKT juga kekal dengan pendirian yang diputuskan pada PAU2020 untuk tidak sesekali menyokong usaha mencalonkan Anwar sebagai Perdana Menteri ataupun kerajaan yang ditunjangi oleh DAP-PH (DAP-PH Lead Government).
Topic Berkaitan
#UMNO
#Zahid Hamidi
#Muhyiddin Yassin
#Tan Sri Annuar Musa
#Perdana Menteri
#PM
#tarik sokongan
#Perikatan Nasional
#PN
#mkt
#mesyuarat
#Parlimen
#Politik Malaysia
#MT UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan