awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan BN bergerak solo pada PRU15 muktamad - Mohamad

Sinar Harian
Sinar Harian
14/08/2022
00:30 MYT
Keputusan BN bergerak solo pada PRU15 muktamad - Mohamad
Mohamad ketika berucap pada majlis perasmian pelancaran jentera BN Terengganu, di Pantai Penunjuk, Kijal, di Kemaman, pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
KEMAMAN: Keputusan Barisan Nasional (BN) untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah muktamad dan telah diputuskan sebulat suara oleh parti.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, parti itu yakin mempunyai potensi untuk menang namun perlu bekerja keras untuk meraih lebih banyak kerusi.
"Kita telah buat keputusan pada PRU15 nanti BN akan bergerak solo, nak berunding (buat) lepas pilihan raya.
“Lepas PRU15 kami akan lihat hala tuju kompas mana nak tubuh kerajaan dan dengan siapa yang beri keuntungan kepada kita.
"Tetapi, kalau menang selesa kita akan tubuh kerajaan secara solo tanpa minta sedekah kepada sesiapa,” katanya pada majlis perasmian pelancaran jentera BN Terengganu, di Pantai Penunjuk, Kijal, di sini, pada Sabtu.
Menurut Mohamad, bagi merealisasikan hasrat itu, parti berkenaan perlu menyelesaikan terlebih dahulu masalah dalaman parti agar boleh bergerak bersama-sama dalam satu pasukan.
"Saya terhidu banyak perbalahan di Terengganu. Jangan disebabkan seekor dua kerbau buat lumpur, semua terpalit.
"Saya tidak mahu lagi ada dalam kalangan kita yang berebut jawatan dalam parti dan budaya 'cah keting'. Fokus kita di Terengganu adalah untuk kekalkan 10 kerusi menang dan tawan semula 12 kerusi yang kita kalah," katanya.
Dalam pada itu, Mohamad ketika ditanya sama ada parti itu akan menolak permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) untuk menyertai BN, beliau berkata, ia masih belum diputuskan.
"PBM minta untuk menjadi sebahagian daripada BN, menjadi ahli kita dan kita akan putuskan dalam mesyuarat Isnin ini,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohamad Hassan
#Barisan Nasional
#BN bergerak solo
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan