awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan Pejuang sertai Pakatan Harapan akan dibincang selepas parti didaftar

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
28/08/2020
06:21 MYT
Keputusan Pejuang sertai Pakatan Harapan akan dibincang selepas parti didaftar
MUKHRIZ: Hubungan itu turut diterjemahkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim apabila jentera dan pemimpin Pakatan Harapan. - Gambar fail
Keputusan sama ada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan menyertai Pakatan Harapan hanya akan dibincangkan selepas parti itu didaftar.
Bagaimanapun, walaupun ketika ini Ahli-Ahli Parlimen yang menyokong Pejuang masih Ahli Parlimen Bebas, hubungan mereka dengan Pakatan Harapan begitu akrab.
Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, hubungan itu turut diterjemahkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim apabila jentera dan pemimpin Pakatan Harapan turut membantu meraih sokongan undi terhadap calon Bebas daripada Pejuang, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.
"Jadi ke depan ini, adakah Pejuang sekiranya didaftarkan nanti akan menyertai PH ataupun tetap berada sebagai kuasa ketiga dalam Parlimen, itu akan kita akan umum setelah didaftarkan nanti, insya-Allah," ujar beliau.
Beliau ditemui ketika melawat Pusat Media PRK DUN Slim pada Jumaat.
Menurutnya, setakat ini Pejuang lebih banyak menjadi kuasa ketiga dalam Parlimen yang memainkan peranan sebagai pengimbang.
Bagaimanapun, setiap kali undian di Parlimen, kumpulan mereka sentiasa memihak kepada Pakatan Harapan.
Topic Berkaitan
#ahli Parlimen
#Malaysia
#Mukhriz Mahathir
#Pakatan Harapan
#Parti Pejuang Tanah Air
#Pejuang
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan